Percampuran suku Liwan dan Bundu pengaruh dialek Dusun Talantang

Pemimpin dan ahli Sakag Talantang merakam gambar bersama.

President Pertubuhan Keluarga Dusun Talantang Sabah Ramdi Indang  bersama ahli melawat Tugu Peringatan perkampungan penduduk asal di Nunuk Ragang, di Ranau.
Isahak, pengkaji bebas

Percy Goliu

KOTA KINABALU (Isnin 21 Ogos): Dusun Talantang dikatakan suku yang dominan dalam kalangan Dusun di Daerah Ranau. Ia mempunyai beberapa sub yang membentuk puak dan ada juga yang sudah membentuk suku baharu apabila berhijrah ke luar daerah Ranau seperti Suku Dusun Tobilung dan Suku Dusun Sukang.

Untuk mengenali dan mengetahui keturunan suku Dusun Talantang maka kita mestilah mengetahui sejarah asal usul mereka beserta dengan dialeknya kerana sejarah asal usul dan dialek mereka adalah tersendiri dan berbeza daripada suku Dusun lain.

Pengkaji Bebas Etnik Dusun Ranau Isahak Sanudin berkata, Dusun Talantang mempunyai dialek yang berlainan daripada dialek suku Dusun yang lain, walaupun beliau tidak menafikan ia masih mempunyai persamaan dari segi sebutan dan maksud.

Dalam kertas kerja seminar penyelidikan serantau bahasa, budaya dan sastera masyarakat Kadazandusun pada 2019, Isahak mengulas mengenai dialek Dusun Talantang.

Sebelum itu adalah baik jika kita tahu maksud perkataan dialek. Menurut pencerahan Wikipedia dialek yang diambil daripada perkataan Inggeris (dialect) adalah bermaksud ‘loghat’. 

Loghat adalah kelainan sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah loghat atau dialek ini biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial.

Istilah loghat berasal dari perkataan Arab (lúğa) yang bermaksud ‘bahasa’ sementara istilah dialek dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani (dialektos) yang bermaksud ‘bahasa’ atau ‘perbualan’.

Di Sabah rumpun Kadazandusun mempunyai dialeknya tersendiri. Dusun Liwan misalnya tidak sama dengan dialek yang digunakan Dusun Talantang.

Dalam mengupas sejarah ‘dialek Dusun Talatang’ Ishahak menggunakan kaedah perbandingan di antara Liwan dan Talantang. Beliau menonjol satu perkara ketara iaitu Talantang ketika menulis dan memperkatakan sesuatu, mereka tidak membunyikan abjad ‘H’.

Antara contohnya ialah perkataan ‘konihab’ bermaksud kelmarin oleh dialek Liwan dieja ‘Koniab’ oleh Talantang. Begitu juga contoh ‘hilo’ (di sana) oleh Liwan tetapi dieja dan berbunyi ‘silo’ oleh Talantang. Contoh ‘hiti’ (Liwan) adalah ‘siti’ oleh Talantang.

Contoh lain adalah ‘kinorohingan’ (Liwan) dan kinoringan (Talantang) dan ‘Tohun’ (Liwan), Toun (Talantang). Kinorohingan bermaksud Tuhan. Koruhang (kawan) bagi Liwan dieja ‘Koruang’ oleh Talantang.

Menurut Isahak, huruf ‘H’ adalah yang membezakan dialek Dusun Talantang dan Liwan. Penutur asal kedua-dua suku boleh mengenal perbezaan itu tetapi yang lain tidak akan tahu perbezaan kerana sama ada wujud ‘H’ atau tidak bunyinya masih kedengaran hampir sama dengan maksud yang sama.

“Dusun Talantang juga tidak membunyikan huruf Diftong dan Vokal Berganding yang disebut dalam dialek Liwan seperti  ‘ai’ ‘au’ ‘ua’ ‘ou’ ‘oi’ . Diftong ialah gandingan dua huruf vokal dalam perkataan yang disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi (dalam linguistik disebut juga sebagai bunyi luncuran).

Vokal berganding pula katanya ialah gandingan dua huruf vokal dalam perkataan  namun disebut dalam suku kata yang berlainan. Dengan kata lain, gandingan vokal ini duduk bersebelahan namun dibunyikan secara terpisah dalam suku kata yang berlainan.

Sebagai contoh, Isahak menjelaskan bahawa dalam dialek Liwan, ia bergantung kepada tempat, dua vokal yang berdekatan sama ada ‘ai’, ‘au’, ‘ou’ atau ‘oi’ dapat menjadi Diftong atau vokal berganding.

Dalam Dialek Talantang, Diftong dan Vokal Berganding ini digantikan dengan Diftong yang hampir sama bunyi dengan Diftong dan Vokal Berganding dalam Dialek Liwan. Contoh Diftong dan Vokal Berganding ‘ai’ misalnya ialah:

Dialek Liwan untuk  perkataan ‘waig’ berbeza dengan Talantang yang menyebut huruf itu dengan ‘wiig’ ‘wieg’ atau kadang-kadang ‘wiog’ ai ii @ io. Waig bermaksud air dalam Bahasa Malaysia. Contoh lain ialah Pais Piis, Pios ai ii @ io Daing Diing, Diong ai ii @ io. Pais bermaksud pisau.

Banyak lagi contoh perbezaan ini yang diketengahkan oleh Isahak namun seseorang perlu belajar menuturnya untuk lebih memahami penggunaan diftong antara dialek Talantang dan Liwan.

Satu lagi perbezaan antara dua suku itu menurut Isahak ialah dari segi istilah atau kosa kata.

Kadang-kadang sesuatu perkataan yang sama maksudnya berlainan istilah seperti jika dalam Liwan istilah Kasou bermaksud () tetapi dalam talantang ia disebut Bayag.

Contoh lain ialah ‘Walai (Liwan) tetapi Talantang menyebutnya ‘Lamin’ yang bermaksud rumah. Begitu juga dengan maksud perkataan ‘masam’ yang disebut Liwan sebagai ‘Onsom’ tetapi Talantang menyebutnya ‘Opodih.’ Perkataan ‘Dikoyu’ (kamu) bagi Liwan adalah disebut Dikowu oleh Talantang.

Perkataan paling banyak diguna oleh semua suku KDRM adalah ‘bosou’ dan ‘nonsom’ yang bermaksud jeruk. Bosou adalah istilah suku Liwan manakala nonsom adalah sebutan orang Talantang.

Difahamkan perubahan dialek telah berlaku kepada keturunan suku Talantang terutamanya generasi baharu yang berada di kawasan yang berhampiran dengan suku Dusun lain. Dialek Liwan juga sangat berpengaruh sehingga merubah dialek orang Talantang.

Kampung-kampung yang berada di kawasan Kundasang sukar dipastikan mereka daripada suku Dusun apa, walaupun asal usul mereka dari perkampungan Dusun Talantang yang terletak di bawah Sg Konipir. 

“Ini adalah kerana telah berlaku percampuran tiga suku iaitu suku Talantang, Liwan dan Bundu dalam proses asimilasi,” katanya.

Di Tambunan mereka mengklaim diri mereka sebagai Dusun Liwan. Kekeliruan ini berlaku disebabkan istilah Liwan itu sendiri yang sering kali digunakan dalam pertuturan dialek Dusun Talantang yang bermaksud orang sebelah bukit atau orang dari lain kampung.

Tambunan mempunyai beberapa suku Dusun iaitu Bundu, Bira, Talantang (majoriti), Minokok di Kampung Nandal dan Kampung Monsok serta sedikit suku Liwan yang berada dekat sempadan Ranau dan Tambunan. 

Menurut Isahak, ramai yang menganggap diri mereka sebagai orang Sungai bagi suku Sukang yang telah berpindah ke Kg Paris Kinabatangan terutamanya yang sudah beragama Islam.

Dialek Sukang masih mengekalkan dialek Talantang namun sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh dialek Dusun Kinabatangan yang menggunakan huruf V dan Z seperti Dusun Minokok dan Mangkaak.

Untuk menjejaki keturunan Dusun Talantang ia boleh dilakukan melalui dialek bahasanya. Ia juga mempunyai cerita asal usul keturunan nenek moyangnya daripada Nunuk Ragang (berhijrah keluar dari Nunuk Ragang melalui Sungai Liwogu Kogibangan) dan salasilah keluarga asal usul dari mana.

 “Dialek Talantang sedikit sebanyak telah mengubah dialek asal suku-suku Dusun lain terutamanya dialek Bundu. Dengan tersebarnya suku ini di kawasan suku-suku Dusun yang lain maka telah menyebabkan perkahwinan campur sehingga kedengaran semua suku berasal dari Nunuk Ragang,” kata pengkaji bebas ini.

Hasil kajian menunjukkan dengan jelas bahawa Dusun Talantang merupakan suku Dusun paling ramai bukan sahaja di Daerah Ranau bahkan di seluruh Sabah. Suku Talantang sudah tersebar ke seluruh negeri Sabah dan telah bercampur gaul dengan suku Dusun lain. 

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img