Monday, July 14, 2025

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di Program Santai Pitimungan Belia Kiulu anjuran bersama Kelab Belia Prihatin Kiulu dan Persatuan Pelancongan Kiulu, dengan sokongan Pejabat ADUN Kiulu.

KIULU : – Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan mereka dalam pembangunan komuniti menerusi penganugerahan usahawan belia pelancongan dan agro terbaik.

Anugerah yang diperkenalkan buat pertama kali ini bertujuan mengiktiraf dan menggalakkan penglibatan belia yang menunjukkan kepimpinan dan inisiatif dalam bidang masing-masing.

Penerimanya ialah Juanson Moidin (Usahawan Belia Pelancongan) dari Kampung Pahu ; Charlie Gumbolog (Usahawan Belia Agro Pertanian) dari Kampung Taginambur; dan Dell Darion Victor (Usahawan Belia Agro Perikanan) dari Kampung Rugading.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai menyampaikan anugerah tersebut semasa Program Santai Pitimungan Belia Kiulu, pada Ahad.

Lebih 500 orang menghadiri program anjuran bersama Kelab Belia Prihatin Kiulu dan Persatuan Pelancongan Kiulu, dengan sokongan Pejabat ADUN Kiulu yang berlangsung di Dewan Terbuka Eko-Pelancongan Pulou Kelapa, Kampung Malanggang Lama.

Pengerusi Penaja Kelab Belia Prihatin Kiulu, Elsheera Alfred Yapat, berkata program itu merupakan ruang bermakna untuk menggalakkan penglibatan aktif golongan muda dalam membangun jati diri dan komuniti mereka.

“Matlamat kita jelas iaitu untuk menyatukan belia Kiulu dalam satu wadah yang membina, di mana kita boleh berkongsi bakat, pengalaman, dan membina jaringan demi masa depan yang lebih cerah. 

“Seperti yang sering ditekankan oleh Datuk Joniston, Kiulu memiliki potensi besar dalam pelancongan, pertanian dan industri.

“Saya yakin belia Kiulu mempunyai segala yang diperlukan untuk merealisasikan potensi ini dengan kreativiti, semangat dan kebijaksanaan sebagai modal paling berharga,” katanya.

Sementara itu, Joniston berkata pengiktirafan kepada belia ini penting untuk mendorong lebih ramai anak muda tampil aktif dalam bidang yang memberi kesan langsung kepada komuniti seperti pelancongan, pertanian dan inisiatif sosial.

“Kiulu tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada peluang sedia ada, sebaliknya perlu berani mencipta ruang sendiri, bersikap berdikari dan berdaya saing.

“Teknologi dan media sosial harus dimanfaatkan secara bijak untuk mempromosikan keunikan kampung, menjana pendapatan dan memperkenalkan usaha seperti agropreneurship, kafe rumah dan perkhidmatan pelancongan berasaskan komuniti,” tambahnya.

Beliau turut mencadangkan pelaksanaan program Idea Pitch Mini sebagai platform untuk anak muda membentangkan idea perniagaan atau projek komuniti dengan peluang menerima dana permulaan, dalam usaha memperkasa peranan belia di Kiulu.

Dalam acara tersebut, dua bekas pelajar SMK Tun Fuad Stephens — Joshua Subing dari Kampung Pahu Lama dan Adellysandro Edward dari Kampung Longkou Baru — turut menerima pengiktirafan atas pencapaian mereka dalam bidang olahraga.

Joniston turut menyampaikan insentif kepada 17 pelajar cemerlang STPM dari SM Tun Fuad Stephens sebagai pengiktirafan atas usaha dan pencapaian mereka.

Antara pengisian program termasuklah pertandingan busana tradisional, persembahan muzik, jualan hasil pertanian tempatan, serta perkongsian maklumat mengenai peluang pembiayaan untuk usahawan muda daripada agensi berkaitan.

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Topics

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img