Tangau ketuai SESB ke forum tenaga ASEAN di Bali 

209

Tangau (dua dari kiri) berbincang dengan hadirin yang menyertai forum.

Tangau (ketiga dari kiri) bergambar bersama hadirin forum.
Tangau mengetuai Team SESB hadir forum perniagaan tenaga Asean.

KOTA KINABALU (Khamis 24 Ogos): Sepasukan team daripada Sabah SESB menyertai Forum Perniagaan Tenaga Asean yang diadakan di Bali, Indonesia yang bermula Khamis hingga 26 Ogos 2023.

Forum ini dianjurkan oleh Asean Centre For Energy (ACE). Penganjuran diadakan bersamaan dengan Mesyuarat Menteri-menteri Asean mengenai Tenaga ke-41 (AMEM-41).

Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang baharu dilantik Datuk Wilfred Madius Tangau yang mengetuai kumpulan dari Sabah berkata, pelbagai tajuk perbincangan diadakan secara serentak dalam forum dan mesyuarat itu.

Dalam sesi utama, Team SESB menyertai sesi yang memberi banyak ilmu dan informasi.

“Antara yang sangat menarik bagi saya ialah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Agensi pembekal elektrik dan saya kongsikan dalam facebook saya sebagai topik perbincangan secara terbuka,” katanya.

Tadbir urus adalah salah satu daripada tujuh cabaran utama dalam bekalan tenaga dan menurut Tangau, ia adalah salah satu pelajaran yang diperolehi di forum itu.

Previous articleMadius, Riduan and Shahelmey to remain as MPs
Next articleA book about Sabah endemic tree species is now available