Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

KPDN terus pantau perniagaan di Tuaran, KB

Pegawai penguatkuasa KPDN Tuaran melakukan pemeriksaan harga barangan harga kawalan di Tuaran.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary

TUARAN (Sabtu 26 Ogos): Sebanyak 16 premis perniagaan di daerah ini dan Kota Belud menjalani pemeriksaan pematuhan harga maksimum oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Jumaat.

KPDN dalam satu kenyataan berkata, antara barangan keperluan yang diperiksa adalah ayam dan telur ayam.

“Turut diadakan serentak ialah ops ATM, ops menu, ops manis serta pemeriksaan harga dan bekalan keperluan asas di Tuaran dan Kota Belud. Hasilnya, sebanyak 16 premis diperiksa dan dikeluarkan notis pemeriksaan perniagaan oleh KPDN,” katanya.

KPDN berkata, dua pasukan terdiri daripada enam pegawai penguatkuasa KPDN cawangan Tuaran melakukan pemeriksaan pematuhan penetapan harga maksimum barangan keperluan.

KPDN katanya, berpuas hati peniaga mematuhi undang-undang yang dikuat kuasakan khasnya penandaan harga yang jelas dan penggunaan alat timbang sukat yang ditentusahkan untuk kegunaan perdagangan.

Popular Articles