PRU 17: UPKO akan bertanding di 25 kerusi

88

.

KOTA KINABALU : – Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick umum parti itu akan bertanding di 25 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah kali ini.

“Saya akan memimpin calon-calon UPKO ini untuk memperjuangkan manifesto dan agenda “Sabah First” sepertimana dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan, ” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga akan memimpin calon-calon UPKO ini menawarkan kepimpinan berprinsip dengan tanda aras serta petunjuk prestasi kepada setiap mereka agar sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah.

Ewon berkata beliau juga akan memimpin calon-calon ini untuk memperjuangkan pelaksanaan hak 40% Sabah kerana dengan pembayaran semula hasil kita tersebut.

“Kita boleh gunakan untuk membangunkan infastruktur dan ameniti, membangunkan ekonomi dan keusahawanan, membasmi kemiskinan dan mensejahterakan rakyat Sabah dengan lebih berkesan, ” katanya.

Sabah First. Saya dan semua calon-calon UPKO ini memohon sokongan seluruh rakyat Sabah, ” katanya.

Berikut adalah senerai penuh calon calon UPKO.:-

Previous articleNot appealing but challenging part of the judgement raises concerned among Sabahans