Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Program ‘kedai cari rakyat’ sasar B40

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Madbali Musah mendekati pengunjung program jualan Rahmah yang menderma darah.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Madbali Musah menyampaikan hadiah kepada peserta sukan rakyat.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary

BEAUFORT (Ahad 27 Ogos): Program Jualan Rahmah bergerak berkonsepkan ‘kedai cari rakyat’ akan diteruskan di lokasi terpilih untuk membantu golongan B40 sehingga penghujung tahun ini.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Madbali Musah, berkata program yang memberikan manfaat itu memastikan rakyat menerima secara terus subsidi bersasar.

“Program jualan Rahmah bergerak berkonsepkan ‘kedai cari rakyat’ dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik perkarangan Dewan Muhibbah Dayang Seri Weston, di sini.

“Sebanyak 17 jenis barangan keperluan harian ditawarkan pada harga rendah sehingga 30 peratus berbanding pasaran biasa,” katanya menyempurnakan program itu pada Sabtu yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Beaufort dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan dan Pejabat Parlimen Sipitang.

Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia (LKM) berkata, golongan B40 adalah sasaran program itu dengan memastikan rakyat mendapat peluang memdapatkan barangan keperluan pada harga murah.

Sempena program itu, beberapa aktiviti diadakan iaitu taklimat serta ceramah daripada KPDN, PERKESO, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS).

Program derma darah juga diadakan oleh Hospital Daerah Beaufort, selain sukan rakyat dan pertandingan mewarna memeriahkan suasana.

Madbali berkata, perlu dipastikan lebih ramai golongan sasar berpendapatan rendah B40 menerima manfaat program itu dan tidak melepaskan peluang untuk membeli barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.

Popular Articles