Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Ketua adat gembira elaun bulanan naik

Rony Sundang.

Sofian Johari.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

TUARAN (Isnin 28 OGOS): Ketua-ketua adat di negeri ini berasa gembira dan lega selepas kerajaan mengumumkan kenaikan elaun yang akan mereka mula terima pada bulan September ini.

Kelmarin, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan seramai 3,963 pemimpin masyarakat (Ketua Adat) di Sabah akan mendapat purata 48 peratus kenaikan elaun bulanan bermula September tahun ini.

Ketua Anak Negeri Tamparuli, Rony Sundang berkata, keputusan kerajaan menambah elaun itu menunjukkan komitmen tinggi dalam menaiktaraf kehidupan golongan terbabit.

“Langkah Hajiji memberi kenaikan elaun bulanan pemimpin masyarakat itu, memberi manfaat besar kepada kami yang memikul tugas dan tanggungjawab berat menjaga adat budaya penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata, khabar gembira itu sudah tentu membuat pemimpin masyarakat untuk lebih bersemangat melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga hal ehwal adat dan budaya penduduk kampung yang dijaganya.

Kenaikan elaun itu katanya, bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi pemimpin masyarakat tetapi membantu memacu ekonomi Sabah dengan adanya peningkatan kuasa membeli, tambahnya.

Rony berkata, pemimpin masyarakat sedikit sebanyak terlepas daripada masalah kemiskinan terutama ketua kampung.

Bermula bulan depan, seramai 57 Ketua Daerah, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Ketua Kampung dan 176 Kapitan di seluruh Sabah akan menikmati kenaikan itu.

Ketua Daerah dinaikkan kepada RM3,500 daripada RM2,700 (29.6 peratus kenaikan) diikuti Ketua Anak Negeri kepada RM2,500 daripada RM1,700 (47.1 peratus peningkatan).

Sementara Wakil Ketua Anak Negeri kenaikan adalah 44.4 peratus kepada RM1,300 daripada RM900 dan Ketua Kampung dan Kapitan daripada RM700 kepada RM1,200.

Ketua Anak Negeri Sulaman, Sofian Johari, berkata kenaikan elaun bulanan ketua adat di Sabah itu sudah lama dinantikan golongan terbabit.

“Langkah kerajaan ini ia menghargai institusi adat di negeri ini. Sepatutnya, kenaikan elaun itu dibuat kerajaan sejak 2013 lagi.

“Bagaimanapun, sebagai salah seorang ketua anak negeri, saya berterima kasih kepada Hajiji kerana prihatin terhadap institusi adat di negeri ini,” katanya.

Sofian berharap kenaikan elaun itu menjadi pembakar semangat kepada ketua adat di negeri ini untuk terus memberi khidmat terbaik membantu kerajaan dan memperkasakan cara hidup beradat penduduk kampung.

Popular Articles