Mantan Pengarah Jabatan Kastam Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok sebagai Timbalan Pengerusi POIC Sabah.
KOTA KINABALU : – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau telah dilantik Pengerusi POIC Sabah yang baharu.
Timbalan Ketua Menteri Sabah/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedict menyampaikan watikah perlantikan itu pada Madius hari ini (29 Dismember, 2025).

Datuk Roger Chin
Ewon juga menyampaikan
watikah perlantikan Pengerusi Invest Sabah kepada ADUN Dilantik Datuk Roger Chin.

Datuk Dr Jonathan Kandok
Turut menerima watikah perlantikan ialah mantan Pengarah Jabatan Kastam Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok sebagai Timbalan Pengerusi POIC Sabah.
“Perlantikan ini merupakan kombinasi pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing sebagai pembuat undang-undang, pengamal undang-undang dan mantan pegawai tinggi perkhidmatan awam, ” kata Ewon dalam satu kenyataan.
Menurut Ewon, beliau telah menyatakan Dasar Sabah First sebagai dasar kepimpinan saya di Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah dan berharap perlantikan mereka boleh sama-sama membina pasukan Sabah First di MINDET dan seterusnya menjayakan wawasan serta fokus agenda Sabah First melalui agensi masing-masing.
” Saya percaya dengan pengalaman luas dan kepakaran mereka, POIC Sabah dan Invest Sabah akan memainkan peranan strategik membawa pelaburan berkualiti samada pelaburan domestik atau pelaburan asing serta meningkatkan daya saing Sabah, “Katanya lagi.
Ewon ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada mereka bertiga.



