Friday, June 20, 2025

Sabah tambah penjara baharu di Lahad Datu

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi menyerah replika kunci kepada Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad sebagai simbolik penyerahan Penjara Lahad Datu.

Oleh Nilam Raon

LAHAD DATU (Selasa 29 Ogos): Penjara Lahad Datu baharu yang dibina di atas tapak seluas 30.63 ekar kini mula beroperasi selepas projek itu diserahkan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri KDN Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Penjara Lahad Datu itu akan beroperasi secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari tahun hadapan.

Menurutnya, pembinaan penjara itu adalah antara alternatif untuk mengatasi kesesakan banduan.

“Melalui projek ini, kesesakan banduan disasarkan tidak melebihi 10 peratus berbanding sekarang di mana jumlah banduan di Penjara Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan melebihi dari kapasiti sebenar.

“Pengurangan jumlah itu penting bagi meminimumkan kejadian seperti mogok, melarikan diri, bergaduh, gantung diri, tebusan dan penyeludupan bahan terlarang dalam penjara yang sesak.

“Selain itu, diharap ini dapat mengurangkan risiko sewaktu pengiringan banduan ke mahkamah,” katanya ditemui pada Majlis Penyerahan Projek Penjara Lahad Datu di Dewan Seri Segama, Penjara Lahad Datu di sini Selasa.

Turut hadir ialah Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Katanya, Penjara Lahad Datu mempunyai kapasiti 1,000 banduan dengan membina 95 unit kuarters dan lain-lain kemudahan sokongan seperti menara kawalan, masiid dan dewan.

Sementara itu Alexander berkata, KKR berjaya mengurangkan kos harga siling bagi Projek Penjara Lahad Datu sebanyak RM24 juta yang telah siap sepenuhnya pada 2 Julai lepas.

Beliau bangga dengan kejayaan projek itu dan berharap semua kontraktor mengambil langkah terbaik memastikan semua projek dapat dilaksana dengan jayanya.

Menurutnya, peruntukan bagi projek Penjara Lahad Datu itu diluluskan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri pada Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-11 (RP4, RMK10) membabitkan kos sebanyak RM200 juta.

“JKR Malaysia berbangga kerana dapat menyerahkan satu projek yang telah siap sempurnanya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).  

“Saya difahamkan walaupun kos siling pada awalnya RM200 juta yang diluluskan, kontraktor dilantik berjaya menyiapkannya dengan harga RM176 juta. Sebanyak RM24 dapat dijimatkan,” katanya.

Menurutnya, projek berkenaan telah dilaksanakan secara kaedah Reka dan Bina dengan Sijil Kelayakan Menduduki (OC) dikeluarkan pada 29 Jun lepas oleh Majlis Daerah Lahad Datu dan seterusnya Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 2 Julai lepas.

Hot this week

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Topics

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img