Tuesday, October 22, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Arahan jangan terbangkan dron

DCP Victor Sanjos.

Oleh Nilam Raon

LAHAD DATU (Rabu 30 Ogos): Orang ramai diminta tidak menerbangkan dron di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone) sepanjang jelajah Kembara Kenali Borneo di Sabah pada 3-7 Sept ini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Victor Sanjos berkata, hanya pasukan keselamatan sahaja yang boleh menggunakan dron untuk tujuan keselamatan.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana boleh mengganggu perjalanan program dan menimbulkan suasana yang tidak baik.

“Saya memohon agar seluruh masyarakat mematuhi perintah dan undang-undang yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

“Kita akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang gagal mematuhi arahan,” katanya ketika ditemui di Pejabat ESSCOM di sini Rabu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyertai misi jelajah berkenaan.

Kembara baginda berdua akan bermula di Tawau sebelum singgah di Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang.

Baginda berdua kemudiannya akan berkenan memulakan jelajah di Sarawak pada 7-17 Sept.

Popular Articles