Friday, May 24, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Lawatan Agong bermula Ahad di Tawau

KETUA Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Lapangan Terbang Tawau pada Ahad.

Turut menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan dan rombongan ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R.M. Jasni.

Turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadillah Yusof, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M Yahya, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Datuk Sr Haji Safar Untong serta menteri kabinet negeri dan ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Program Jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan bermula dari Tawau pada 3 September dan akan berakhir di Teluk Melano, Sarawak pada 13 September 2023 dengan melibatkan perjalanan sejauh 2,154 km.

Popular Articles