Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

TYT sempurna ‘flag off’ di Tawau

TAWAU (Selasa 4 Sept): Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Juhar Mahiruddin berkenan menyempurnakan Majlis ‘Flag Off’ Program Kembara Kenali Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di 0.0KM Point Tawau pada Isnin.

Majlis itu turut dihadiri oleh Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M Yahya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Datuk Seri Sr  Safar Untong.

Sebelum majlis ‘flag off’, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut mengabadikan kenangan bergambar di hadapan mercu tanda 0.0KM Point Tawau.

Popular Articles