Friday, July 11, 2025

Usaha perangi rasuah perlu komitmen semua pihak

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melakukan gimik  penutupan  Program Seminar Kelestarian Integriti ‘Misompuru Tokou: Apa Khabar KK’ di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya,  Kota Kinabu pada Ahad.

KOTA KINABALU (Isnin 11 September): Usaha memerangi rasuah dan pengukuhan integriti memerlukan komitmen semua pihak termasuk para pemimpin, penjawat awam, pegawai di sektor swasta, individu dan institusi kekeluargaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, hasrat Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat direalisasikan dengan kadar yang lebih cepat sekiranya integriti dapat diterapkan dalam diri penjawat awam dan isu-isu rasuah dapat dikurangkan atau dihapuskan.

Katanya, ini kerana di bawah inisiatif SMJ, Kerajaan Negeri komited untuk memberikan peruntukan yang besar bagi menjayakan Hala Tuju SMJ yang memfokuskan 3 elemen utama iaitu Sektor Utama Pertumbuhan Ekonomi: Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan, Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat serta Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau.

“Inilah usaha Kerajaan Negeri yang ingin melihat Sabah terus membangun, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah setanding dengan negeri-negeri lain.

Semua usaha yang dilakukan ini akan sia-sia sekiranya pelaksana di peringkat jentera Kerajaan dan swasta gagal memahami maksud Sabah Maju Jaya dan gagal menghayati budaya kerja berintegriti dan melakukan perbuatan rasuah katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Program Seminar Kelestarian Integriti (SKI) Bual Santai “Misompuru Tokou: Apa Khabar KK” di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya pada Ahad. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Hajiji berkata, integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam kalangan penjawat awam sangat penting untuk memastikan hala tuju, visi dan misi kerajaan dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya.

Katanya, ini selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ yang mempunyai pelbagai insentif untuk membangunkan negeri ini, khususnya ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kita amat memerlukan penjawat awam yang mampu menjalankan tugas dengan penuh integriti dan ikhlas. Pembudayaan amalan integriti mampu melahirkan warga kerja yang lebih efisien, produktif, beretika dan mampu mewujudkan mekanisme kawalan bagi memastikan peraturan dan dasar yang ditetapkan dipatuhi”, tambahnya.

Menurutnya, penjawat awam perlu sedar nilai integriti tidak terhad kepada satu perkara sahaja, sebaliknya ia melibatkan semua tindakan sama ada melalui penampilan, sikap dan sebarang keputusan yang diambil.

Beliau berkata, tanpa mengamalkan budaya kerja berintegriti, semua perancangan akan gagal, menyebabkan berlaku ketirisan besar dalam perbelanjaan kerajaan sehingga imej kakitangan awam kerajaan dan pemimpin negeri tercemar dan rakyat tidak akan lagi mempercayai jentera Kerajaan dan perkhidmatan awam.

Hajiji berkata, tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan menjadi elemen penting dalam memastikan sesuatu dasar dirangka dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah kepercayaan rakyat berkait rapat keyakinan  terhadap perkhidmatan awam. 

“Kepercayaan dan keyakinan rakyat akan bertambah sekiranya perkhidmatan awam mempunyai imej berintegriti, berdaya saing serta efektif,” tambahnya.

Beliau juga mahu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada beberapa tujahan untuk memastikan sistem pentadbiran negeri dapat berfungsi dengan berkesan, bebas daripada ancaman rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berlandaskan prinsip integriti.

Antaranya ialah memperkasakan program integriti di peringkat negeri dengan menyediakan sejumlah peruntukan khas bagi menampung program-program pengukuhan integriti yang tidak hanya tertumpu kepada taklimat dan ceramah, sebaliknya perlu segar, kreatif dan seiring dengan teknologi semasa.

Menghantar penjawat awam negeri menghadiri program Pegawai Integriti Bertauliah

setiap dua tahun bagi memastikan sekurang-kurangnya setiap jabatan mempunyai  

seorang pegawai integriti bertauliah, sekaligus memperkukuhkan tatakelola agensi  

kerajaan dan memastikan usaha ‘check and balance’ dapat diperluaskan serta tidak  

terhad kepada program audit semata-mata.

Memperkasakan Unit Integriti di peringkat badan berkanun dan Syarikat Berkaitan  

Kerajaan (GIC) dengan menambah bilangan pegawai yang kompeten dan mencukupi  

bagi melaksanakan fungsi-fungsi Unit Integriti. 

Memperkasakan Pegawai-pegawai Integriti Bertauliah Negeri Sabah dengan  

menghantar pegawai menghadiri program-program khusus sama ada dalam negara  

mahupun luar negara bermula tahun 2024.

ends

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img