Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Hajiji dan Juliah hadiri Majlis Istiadat Bersanding Putera Mateen, Dayang Anisha

BANDAR SER! BEGAWAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad.

Sejurus selesai istiadat bersanding, Pengantin Diraja diarak mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan. Hajiji dan Juliah juga akan menghadiri Majlis Persantapan Diraja yang akan diadakan di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman pada Isnin (15 Januari 2024).

Majlis-majlis bag! Istiadat Perkahwinan Diraja dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang diadakan pada 7 Januari, 2024 dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari 2024; Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja, dan Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari 2024; Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari 2024;

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari 2024; Majlis istiadat Bersanding Pengantin Diraja dan seterusnya Pengantin Diraja diarak sekeliling Bandar Seri Begawan diadakan pada 14hb Januari 2024; Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari 2024; Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga akan diadakan pada 16 Januari 2024. – JKM 14 January 2024

Popular Articles