Monday, June 16, 2025

Ambil tindakan segara masalah air di UMS

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ( gambar) meminta kerajaan negeri agar lebih cakna serta mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah bekalan air bersih di Unversiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlarutan sejak sekian lama sehingga menjejaskan kehidupan penunutut di unversiti tersebut.

Katanya tidak timbul isu samaada peruntukan kilat yang diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM 3 juta untuk menangani masalah air di UMS disalurkan terus kepada UMS atau Kerajaan Negeri (Jabatan Air) tindakan segara dan tuntas perlu dilaksanakan bagi menyelasaikan krisis air di UMS .

Menurut beliau oleh kerana peruntukan tersebut merupakan peruntukan kilat yang diluluskan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan tindakan segara dan serta merta perlu dilaksanakan agar isu bekalan air ini dapat ditangani segara.

“ Jika ia melibatkan pengurusan kewangan untuk melaksanakan projek ini, elak terlalu banyak biokrasi dan jika ia melibatkan soal teknikal Jabatan Air perlu membantu agar perlaksanaan projek ini boleh dipercepatkan demi kepentingan beribu pelajar di UMS” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini .

Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah semua pihak kerajaan pusat , kerajaan negeri UMS perlu ada kerjasama untuk menyelasaikan isu ini tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak terutamanya dalam soal penyaluran peruntukan.

“ Semua pihak yang terlibat kena duduk semeja berbincang dan mencari titik akhir penyelasain isu air bekalan air di UMS, walaupun UMS dalam bidang kuasa kerajaan pusat, kerajaan negeri jangan lepas tangan perlu cakna dan bertindak membantu menyelasaikan masalah ini”

“ Tanggungjawab membina modal insan berkualiti merupakan tanggungjawab semua, kita tidak mahu membebankan kehidupan seharian pelajar UMS dengan isu bekalan air bersih sehingga menjejaskan tumpuan mereka kepada pembelajaran” tegas Bung.

Menurut Bung penuntut di UMS tidak lagi mengharapkan janji-janji yang isu bekalan air di university tersebut selasai dalam tempoh terdekat dengan dengan siapnya loji rawatan Air (LRA) Telibong 2 di Tuaran yang belum pesti boleh siap atau sebaliknya kerana ianya melibatkan terlalu banyak kerja-kerja teknikal dan komitmen kontraktor untuk menyiapkanya

“ Penunut UMS tidak lagi mampu mendengar pengumuman retrorik kerana isu ini bukan isu baharu, ianya berlarutan sejak sekian lama yang pasti jika ada perancangan awal masalah ini tidak akan menjadi isu yang agak kritikal” katanya.

Bung menambah untuk jangka pandek kerajaan negeri juga boleh membantu mengeluarkan peruntukan selain mengharapkan peruntukan kerajaan pusat untuk menyelasaikan masalah antaranya menyediakan tangki-tangki air sementara untuk simpanan air dan mengerakkan lori bantuan air secara berkala.

“ Janganlah hantar bantuan bantuan air setakat 2 – 4 lori untuk seminggu sekali sedangkan penuntut beribu memerlukan bekalan air bersih dan saya difahamkan masih ada pelajar terpaksa membeli air mineral sendiri untuk kegunaan seharian mereka” jelas Bung. – Talantang 17 Januari 2024

Hot this week

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Topics

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img