Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Ketua sindiket dadah di Sabah bergelar ‘Datuk’ akan didakwa: Mohd Kamaruddin

KUALA LUMPUR (19 Januari) – Ketua sindiket pengedaran dadah bergelar ‘Datuk’ dan beberapa individu lain yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di Sabah akhir Disember tahun lalu, dijangka dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Menurut lapuran Bernama,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata, polis kini sedang melengkapkan siasatan dan sedang mengesan aset lain yang membabitkan milik ahli sindiket terbabit.

“Beberapa akaun (milik ahli sindiket) sudah dibekukan dan kita dalam proses mengesan aset lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Pada 26 Disember lalu, ketua sindiket dadah bergelar Datuk antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang terbesar di negeri itu sejak 2015.

Susulan itu, pada 8 Januari lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seorang pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan turut ditahan menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu. – Talantang

Popular Articles