Thursday, November 21, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Dua Syarikat IPP Beri Bekalan 155MW Semula ke Grid Sabah

KOTA KINABALU: Dua syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) kini kembali beroperasi membekalkan sejumlah 155MW tenaga elektrik kepada Grid Sabah.

Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata, syarikat Kimanis Power Sdn. Bhd. telah beroperasi dan membekalkan semula 95MW tenaga pada Jumaat setelah menutup sementara bekalan elektrik pada 6 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

“Sebuah lagi syarikat IPP, Ranhill Powertron ll Sdn. Bhd juga telah pulih dan membekalkan tenaga elektrik pada Khamis selepas penutupan kecemasan melibatkan 60MW akibat masalah high vibration gear  di set penjanaan mereka pada 14 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adrian, dengan pengoperasian semula kedua-dua IPP itu akan meningkatkan semula kapasiti penjanaan bekalan elektrik yang sebelum ini mengalami rizab margin pada paras kritikal.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kedua – dua IPP tersebut yang telah berusaha memastikan pemeriksaan keselamatan dan masalah teknikal dapat diselesaikan dengan dalam tempoh yang singkat.

SESB dan IPP sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan gangguan dan catuan bekalan elektrik bagi memastikan para pengguna sentiasa dapat menikmati bekalan tenaga yang stabil.

Adrian turut menyatakan bahawa SESB akan membuat hebahan ramalan bekalan elektrik setiap Isnin hingga Jumaat bagi memastikan semua pihak dalam keadaan bersiap sedia dengan perkembangan semasa bekalan elektrik di Sabah dan W.P Labuan.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan perkembangan semasa beberapa stesen jana kuasa yang sedang dalam proses pembaikan.

Syarikat Serudong Power Sdn Bhd dijangka akan dapat membekalkan semula 11MW penjanaan ke Grid Sabah pada 1 Mac, 2024. Kerja-kerja baikpulih crank case cover yang rosak sejak 27 April, 2023 sedang giat dilaksanakan.

Sebuah unit penjanaan di Stesen Janakuasa Patau- Patau W.P Labuan berkapasiti 30MW yang mengalami masalah teknikal sejak 5 September 2023 juga dijangka akan beroperasi pada 29 Februari 2024.

Manakala itu, Stesen Jana Kuasa Hidro Tenom Pangi juga sedang dalam proses pembaikan selepas ditutup sepenuhnya akibat kerosakan teruk ketika tragedi bencana alam pada 31 Oktober 2022 dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula pada bulan Mac, Jun dan Oktober tahun ini.

Popular Articles