Polis percaya selesai 8 kes pecah rumah di Semporna

Mohd Farhan (tengah) bersama pegawai dan anggota menunjukkan hasil rampasan kes pecah rumah di Semporna.

Oleh: Nilam Raon

SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam sindiket pecah rumah dan mencuri di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di Dataran Lepa kira-kira jam 11 malam pada Rabu.

Turut dirampas bersama suspek ialah sebuah motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu, sebilah parang, gunting, beg silang, dua dompet kulit, dua kad pengenalan orang lain dan lima keping kad bank juga dipercayai milik orang lain.

“Selain itu tiga telefon bimbit, lapan keping resit gadaian barang kemas dan telefon bimbit turut dirampas. Hasil pemeriksaan di rumah suspek, turut ditemui dua beg pouch, dua tablet dan dua telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Mohd Farhan berkata, berpandu arah oleh suspek pasukannya turut merampas sebentuk cincin emas dan seutas jam tangan disyaki barang curi di beberapa lokasi kedai pajak pada Khamis.

“Dengan tertangkapnya suspek tersebut, kita percaya dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah di sekitar daerah ini pada tahun ini,” katanya lagi.

Jelasnya, suspek juga didapati positif dadah jenis syabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Terdahulu pada 18 Mei lepas, seorang lelaki warga tempatan berusia 66 tahun membuat laporan polis rumahnya di Kg. Bubul telah dipecah masu dengan kerugian bernilai RM2,000.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img