Sunday, September 8, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Bekas polis diantara 8 lagi dikehendaki dalam kes dadah terbesar di Sabah

Ayob Khan

KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis adalah antara lapan suspek yang sedang diburu kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka terdiri daripada tiga rakyat tempatan, empat warga Filipina dan seorang wanita warga Indonesia, berumur dalam lingkungan 30-an hingga 40-an.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada bekas anggota polis yang bersara awal dikenali sebagai Haibil Kiraman, Sahairul Sabudin (dikenali sebagai Bantayan), Absar Musa (Absar), Hasan Syamsuddin (Nas Botak), Joel Edwin (Dedek), Muhammad Sing Harun Musa (Thambi), Rohani Mhd Yunus (Karisa) dan Manan Ungok (Mike).

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta berhubung dengan pegawai polis iaitu ASP Mohammad Izzat Hassan dengan menelefon 019-6667535,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau juga memberitahu PDRM menyita telah  pelbagai jenis hartanah, kenderaan mewah, barangan kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM9.72 juta milik sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah yang ditumpaskan baru-baru ini.

Semua harta berjaya disita dan dibekukan ekoran penahanan 11 ahli sindiket itu yang digelar Geng Upik termasuk dalang utamanya bergelar Datuk.

Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan itu diambil menerusi Op Morava oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Beliau berkata, sebanyak 42 akaun dibekukan bagi tempoh 27 Disember sehingga 19 Januari lalu termasuk lapan akaun baharu dibekukan dengan keseluruhannya bernilai RM1.86 juta.

“Kita turut membekukan 10 jentera dan 11 bidang tanah dengan keseluruhan bernilai RM2.81 juta.

“Selain itu, sebanyak 20 kenderaan dianggarkan bernilai RM6.77 juta, wang tunai RM35,041 dan barang kemas bernilai RM100,000 disita PDRM membabitkan keseluruhan sitaan berjumlah RM6.91 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, hari ini. – PDRMsia

Popular Articles