Saturday, June 21, 2025

Peruntukan untuk badan keagamaan bukan Islam, sekolah persendirian meningkat: Hajiji

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam (ke-4 dari kanan) mewakili Ketua Menteri di majlis perasmian Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa pada Sabtu.

KOTA KINABALU: Peruntukan untuk pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan persendirian di Sabah meningkat sebanyak RM2.7 juta tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM56.75 juta untuk tujuan itu pada tahun 2024 berbanding sebanyak RM54.05 juta pada tahun 2023.

Beliau berkata, daripada RM56.75 juta itu, sebanyak RM24.15 juta untuk sekolah- sekolah dan RM32.6 juta untuk perkembangan badan-badan keagamaan bukan Islam.

“Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak RM2.7 juta berbanding peruntukan pada tahun 2023.

Peningkatan ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat prihatin dan serius dalam membantu masyarakat di Sabah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama”, katanya pada majlis perasmian Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa sempena Tahun Baharu Cina 2024, anjuran Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersekutu Kota Kinabalu (USCCAKK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Ketua Menteri berkata, tahun ini Kerajaan Negeri juga memperuntukkan bantuan sebanyak RM1.5 juta untuk membekal kepala singa di seluruh Sabah.

Menurutnya, bantuan ini akan diagih-agihkan kepada pelbagai persatuan dan tokong- tokong yang berkaitan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini.

Beliau berkata, penyerahan bantuan kepala singa sempena Tahun Baharu Cina jelas menunjukkan komitmen Kerajaan yang sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek, terutamanya dalam penyaluran peruntukan dan sumbangan, bagi memastikan rakyat dapat meraikan perayaan masing-masing.

Hajiji turut memuji USCCAKK kerana tanpa gagal menganjurkan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa sempena Tahun Baharu Cina setiap tahun. Acara itu dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina dan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Sempena Tahun Baharu, beliau mengajak semua rakyat negeri ini termasuk masyarakat Tionghua agar terus bersama-sama Kerajaan membangun dan memajukan negeri ini, agar Sabah terus maju jaya ke hadapan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada masyarakat Cina atas sokongan berterusan anda dalam berganding bahu bersama kami untuk memakmurkan negeri ini,” katanya.

Hajiji berkata, tahun 2024 merupakan Tahun Naga dalam Zodiak Cina, yang terkenal dengan kuasa, kehebatan dan keberaniannya.

“Saya berharap sifat semula jadi Naga ini menjadi pemangkin semangat untuk kita meneruskan agenda pembangunan untuk memulihkan ekonomi, melaksanakan semua perancangan serta mencari peluang yang baik untuk negeri dan rakyat,” tambahnya. – Talantang

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img