Monday, July 22, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pengenalan dan fungsi Mahkamah Anak Negeri

Hakim Mahkaman Anak Negeri Roger Impau dan Ketua Hakim OKK Edna Majimbun

KOTA KINABALU: Sistem perundangan tradisional dalam kalangan masyarakat orang asal merupakan sebuah peninggalan unik dari segi sistem kawalan sosial tingkah laku masyarakat serta banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat peribumi di seluruh dunia.


Mahkamah Anak Negeri (MAN) ditubuhkan di bawah Bahagian II yang meliputi Seksyen 3, 4 dan 5 Enekman Mahkamah Anak Negeri 1992

.
Melalui peruntukan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Anak Negeri di mana-mana tempat yang disifatkan patut dan boleh menetapkan wilayah bidang kuasa mahkamah-mahkamah berkenaan melalui pewartaan.


Kewujudan MAN dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan yang memberi pengiktirafan kepada kedua Negeri Sabah dan Sarawak untuk meneruskan pemakaian dan pelaksanaan undang-undang adat anak negeri, termasuk penubuhan Mahkamah Anak Negeri.


Dalam Program Jabatan Penenrangan Sabah SEGMEN FYI @Ja Pen, Ketua Daerah Kota Kinabalu OKK Edna Majimbun dan Ketua Anak Negeri (KAN) Roger Impau memperkenmalkan fungsi MAN,


Mereka menerangkan terdapat tiga peringkat MAN di Sabah yang terdiri daripada:
(a) Mahkamah Anak Negeri – ketuai oleh seoramg Ketua Daerah sebagai ketua hakim dan beliau diapit oleh dua orang KAN yang mana juga bertindak sebagai hakim.


(b) Mahkamah Anak Negeri Daerah – diketuai oleh Pegawai Daerah / Mayor / President diapit oleh dua orang ketua daerah atau ketua anak negeri.


(c) Mahkamah Rayuan Anak Negeri – diketuai oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan diapit oleh dua orang ketua daerah atau KAN..


Antara fungsi Mahkamah Anak Negeri adalah memproses tuntutan harta pusaka anak negeri dan harta kecil bagi anak negeri yang bukan beragama islam sebagai mana yang diperuntukan dalam ordinan pentadbiran harta pusaka Anak Negeri dan harta kecil 1941.


OKK Edna berkata bidang kuasa dan kuasa mahkamah anak negeri ada tertulis dalam:-

Bahagian 3 sekyen 6 (1)(a) Kes-kes yang timbul daripada pelanggaran undang-undang atau adat anak negeri yang semua pihaknya adalah anak negeri

  • Bahagian 3 sekyen 6 (1)(b) Ke-kes yang timbul daripada pelanggaran undang-undang atau adat anak negeri, daripada segi agama, perkahwinan atau seksual, jika izin bertulis pedawai daerah yang bertindak atas nasihat dua orang ketua anak negeri telah didapatkan bagi memulakan prosiding, jika satu pihaknya adalah bukan anak negeri .
  • Bahagian 3 sekyen 6 (1)(c) kes-kes melibatkan undang-undang atau adat anak negeri berhubung dengan pertunangan, perkahwinan, penceraian, pembatalan perkahwinan dan pemisahan kehakiman.
  • Pengambilan anak angkat, penjagaan dan jagaan budak, nafkah tanggungan dan keesahan serta hadiah atau pewarisan dengan wasiat atau tak berwasiat boleh didengar di Mahkamah Anak Negeri.

  • Dalam pada itu , menurut KAN Roger dua situasi yang kerap berlaku bagi tuntutan harta simati.

Bagi tuntutan harta simati kerap kita menerima dimana waris-waris ini telah pun berbincang dikalangan mereka bagaimana harta-harta tersebut dibahagikan dan telah dipersetujui dengan membuat surat akuan sumpah ataupun disokong dengan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti surat wasiat.


Kes-kes seperti ini mudah diputuskan.


KAN Roger menerangkan dalam situasi yang lain pula ada kes-kes dimana waris-waris tidak sekata (Sepakat) dalam pembahagian simati, contoh tanah pusaka simati ada pewaris-pewaris menuntun bahagian lebih besar daripada waris-waris yang lain.


Selain pertikaian harta tanah ada juga waris-waris tidak sepakat dalam pembahagian wang peninggalan si mati, seperti wang dalam bank, KWSP dan ASNB.


Kes-kes seperti ini dianggap kes terpencil disinilah peranan hakim-hakim yang mendengar kes ini harus meneliti dalam semua aspek agar mencapai keputusan yang memberi keadilan kepada semua waris-waris penuntunt (dalam situasi menang – menang).


KAN Roger menerangkan bagi kes seperti ini bidang kuasa mahkamah anak negeri boleh dirujuk dalam enekman Mahkamah Anak Negeri 1992 bahagian 3 Seksyen 10 (2)
Seksyen 6 (4) enekman MAH 1992 menyatakann bahawa dalam mana mana kes berhubung dengan pewarisan berwasiat atau tak berwasiat, MAN hendaklah berpandukan kepada undang undang atau adat anak negeri suku kaum pemberi, yang berwasiat atau tak berwasiat.


Proses khidmat tuntut waris.


Sebagai contoh mendiang bapa telah meninggal dalam 5 tahun yang lepas. Namun, sehingga kini dalam kalangan waris tiada yang ingin mengambil inisiatif untuk membuat permohonan pembahagian harta pusaka mendiang bapa.


Masing-masing memberikan pelbagai alasan dan alasan yang paling tinggi diberikan oleh waris adalah kerumitan berkaitan prosedur permohonan tersebut. Adakah permohonan pembahagian harta pusaka si mati adalah rumit?


KAN Roger berkata sebenarnya kerumitan yang seringkali dijadikan alasan oleh seseorang waris dalam membuat permohonan pembahagian harta pusaka biasanya apabila mereka kurang pengetahuan dan tidak mahu menggunakan pelbagai kemudahan yang telah ditawarkan.


Prosedur pembahagan harta Pusaka hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan seperti berikut:


Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta tersebut dan hendaklah dibuat di Mahkamah Anak Negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati ataupun dimana letaknya tanah yang mahu dituntut sebagai contoh, sekiranya tanah yg mahu di tuntut adalah terletak di daerah Sandakan maka penuntut hendaklah mengemukan tuntutan di daerah tersebut, tetapi bagi tuntutan selain daripada tanah boleh lah dibuat di daerah Mahkamah Anak Negeri yang terdekat.


Apabila berlaku kematian empuya harta anak negeri pewaris simati boleh memohon kepada penolong pemungut hasil tanah supaya satu perintah pembahagian dibuat terhadap harta peninggalan atau memohon supaya dilantik sebagai pentadbir harta peninggalan tersebut.

Permohonan penuntut hendaklah dibuat melalui borang yang telah disediakan iaitu dipanggil jadual 1 ,2 & 3.

Jadual 1 ialah permintaan membahagi harta benda simati atau mengambil kuasa.

Si pemohon hendaklah ke MAN dan mengisi borang jadual 1 selepas itu hendklah membawa jadual tersebut kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) setelah PPHT menandatangan borang tersebut si pemohon hendaklah mengemukakan jadual 1 tersebut ke MAN bagi MAN menetapkan tarikh pendengaran / perbicaraan.

Jadual 2 pula adalah kenyataan permintaan bagi harta benda simati ataupun satu notis permohonan tersebut dalam bentuk jadual 2 dimana setelah tandatangan PPHT diperolehi, pemohon hendakah membawa borang tersebut kembali ke MAN.


MAN kemudiannya menyediakan Jadual 2 yang mana akan dipamerkan selama 30 hari di tempat tanah tersebut atau pejabat daerah atau bangunan – bangunan, tempat-tempat awam dalam daerah itu dengan menggunakan bahasa yang senang di fahami oleh masyarakat setempat.


Ianya adalah bagi tujuan memberi keadilan asasi kepada sesiapa yang ingin membuat bantahan jika ada tentangan mengenai permohonan harta benda simati.


Selepas 30 hari MAN akan membuat pendengaran / perbicaaran berkaitan dengan tuntutan harta tersebut.


Selepas pendengaran / perbicaan, MAN akan mengeluarkan Jadual 3 yang merupakan satu perintah atau keputusan MAN berkaitan dengan pembahagian harta pusaka atau penetapan pentadbiran harta pusaka.
Sekiranya mana mana pihak dalam kes tuntutan harta pusaka tersebut tidak berpuas hati dengan perintah atau keputusan Mahkamah Anak Negeri maka bolehlah membuat rayuan kepada MAN daerah dalam tempoh 60 hari. – Talantang

Popular Articles