Wednesday, July 9, 2025

Mansuh pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika sesi dialog Program Penggerak Madani Negeri Sembilan di Rembau pada Khamis berkata, cadangan pemansuhan pencen ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana. – Gambar Bernama

Kalau penjawat awam tak ada, orang politik pun tak ada tapi ia tertakluk kepada kelulusan di Parlimen. Kalau jadi dan Kabinet bersetuju, saya (akan) bentangkan di Parlimen.”

REMBAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.

Beliau berkata, sebagai satu tanggungjawab moral, perkara itu perlu dibentang dan dijelaskan sepenuhnya berikutan sukar untuk dirasional sekiranya pemansuhan pencen dikecualikan bagi ‘orang politik.’

“Ada orang tanya bagaimana pula orang politik, sistem berbeza tapi saya fikir munasabah kalau kita kaji, kaji sekali, kalau penjawat awam tak ada, orang politik pun tak ada tapi ia tertakluk kepada kelulusan di Parlimen. Kalau jadi dan Kabinet bersetuju, saya (akan) bentangkan (di Parlimen).

“Kalau ada kebetulan Ahli Parlimen nak tolak, itu dia tolak la, saya bentangkan sebab dari segi tanggungjawab moral, bagaimana boleh kita bentangkan kepada awam dengan alasan kukuh dari segi ekonomi tetapi diberikan pengecualian kepada orang politik, sukar saya mahu rasionalkan.

“Saya belum bentang kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk perbincangan awal tetapi kalau mereka mahu elaun khas lain sebagaimana penjawat awam, kita boleh bincang tetapi dari segi konsistensi dalam memperkenal dasar, itu kita perlu bersama,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penggerak Madani Negeri Sembilan (Ketua-Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan) di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri di sini pada Khamis yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Anwar juga berkata, cadangan memansuhkan sistem pencen penjawat awam disuarakan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an namun ia tidak dilaksana.

Katanya, itu perlu dijelaskan sepenuhnya kepada orang awam termasuk perkara yang membabitkan implikasi ekonomi sekali gus memastikan penjawat awam tidak merasakan mereka kerugian dengan sistem persaraan baharu.

“… tapi saya nak tanya, kalau kita teruskan bagaimana kesannya kepada ekonomi negara, kita tak mampu teruskan, negara kaya semua dah hentikan skim pencen ini, tidak mampu bertahan.

“Ada yang anggap bagaimana orang yang dapat pencen sekarang? Itu tidak boleh disentuh, ia akan diteruskan, bagaimana penjawat awam baharu? Elaunnya tetap sama, tidak terkesan, jadi biar JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) cerakin dan buat pengumuman berikutnya,” kata beliau. – Scoop.com

Hot this week

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Topics

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Sabah Political Stability Under Threat: External and Internal Conspiracies Aimed at Undermining Autonomy and Progress

By Datuk James Ligunjang J.P Former State Assemblyman  The political landscape...

PH Sabah to present joint manifesto ahead of state election

Mustapha...highlighting issues close to the hearts of Sabahans. KOTA KINABALU...

Menteri WP nafi Madius dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Zaliha…Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img