Friday, September 20, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Hajiji: RM4.5 juta untuk naiktaraf lorong-lorong jalan Kg di Sulaman

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan bantuan kepada salah seorang peniaga kecil dan penjaja kawasan Sulaman pada majis penyerahan bantuan itu di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, Tuaran pada Sabtu.
Gambar JKM

TUARAN: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM4.5 juta untuk menaiktaraf lorong lorong jalan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, lorong lorong yang jaraknya antara 100 meter hingga 300 meter akan dinaiktaraf demi keselesaan dan kemudahan rakyat.

“Ini antara kemudahan yang kita rancang dan akan dilaksanakan dalam kawasan DUN Sulaman tahun ini, saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.5 juta untuk tujuan itu.

“Banyak lagi kemudahan infrastruktur yang akan kerajaan buat dari masa ke semasa dalam kawasan Sulaman dan juga kawasan kawasan yang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Peniaga Kecil dan Penjaja Kawasan Sulaman di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama di sini pada Sabtu.

Seramai 125 peniaga kecil dan penjaja di bahu bahu jalan kawasan Sulaman menerima bantuan wang tunai RM5000 daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dan peruntukan Sentuhan Kasih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bergambar bersama para peniaga kecil dan penjaja kawasan Sulaman yang menerima bantuan RM5000 pada majis penyerahan bantuan tersebut di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, Tuaran  pada Sabtu. Gambar JKM

Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA berkata, Kerajaan Negeri juga komited untuk mengurangkan kadar miskin tegar di Sabah yang kini mempunyai lebih 22 ribu Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di negeri ini.

Menurutnya, Kerajaan telah mewajibkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agansi agensi kerajaan dan para pelabur asing dan tempatan yang membuka kilang di Sabah mengambil anak anak daripada kalangan keluarga termiskin tegar sebagai pekerja.

Katanya, dengan inisiatif itu disamping pengembelingan usaha daripada kementerian kementerian, jabatan jabatan dan agensi berkaitan, kerajaan berharap dapat menoktahkan masalah kemiskinan tegar.

Menyentuh bantuan kepada peniaga kecil dan penjaja, beliau berkata ia merupakan antara usaha kerajaan membela nasib golongan tersebut.

Beliau berharap bantuan itu dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka, sekaligus membantu meningkatkan pendapatan untuk diri dan keluarga.

“Peniaga kecil dan penjaja perlu rajin berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga,” tegasnya.

Turut hadir Ketua Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Haji Abdul Kassim Razali, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Haji Johari Saiman dan Pegawai Daerah Tuaran, Encik Hadzlan Jablee. – Talantang

Popular Articles