Tuesday, June 17, 2025

Hajiji: RM16.89 juta untuk program, aktiviti membangun & perkasa belia Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM16.89 juta untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan bagi membangun dan memperkasa belia di Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, tahun lalu sahaja kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.48 juta kepada Persatuan Belia di Sabah yang disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), dengan sebanyak RM1.2 juta dikhususkan kepada Majlis Belia Sabah (MBS) untuk melaksanakan program pembangunan belia.

Menurutnya, tahun ini Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM100.17 juta untuk perbelanjaan mengurus serta pembangunan belia dan kemajuan sukan di Sabah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri komited terhadap pembangunan belia di negeri ini kerana mahu melahirkan generasi belia yang mempunyai kualiti ilmu, kKemahiran dan kepemimpinan bagi mencapai kesejahteraan sosio-ekonomi.

“Pembangunan modal insan termasuk belia adalah pemacu signifikan pertumbuhan ekonomi negeri. Pentingnya ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke aktiviti berasaskan pengetahuan, teknologi dan inovasi,” katanya pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Kali Ke-26 dan Malam Apresiasi MBS di Pacific Sutera Harbour Resort pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Ill/Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmy Yahya.

Hajiji berkata, belia perlu dipersiapkan dengan ilmu, kepimpinan dan kemahiran agar mereka mampu memimpin dan membawa masyarakat kepada kebenaran dan keadilan.

Justeru katanya, amat penting kekuatan setiap agensi yang terbabit dalam pembangunan belia diselaraskan dan dilaksanakan mengikuti keperluan setempat bagi menyantuni para belia mengikut kesesuaian potensi dan kemahiran mereka.

“Saya berharap organisasi belia di negeri ini dapat terus diperkasakan agar lebih ramai yang mendapat manfaat daripada organisasi belia. Penekanan terhadap integriti perlu dipertingkatkan agar sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya,” tegasnya.

Beliau percaya apabila golongan belia mampu menguruskan sistem dengan baik, maka sesebuah organisasi itu mampu untuk mendepani masa depan dengan baik. Banyak cabaran di hadapan yang memerlukan belia yang dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran untuk menangani isu-isu sebenar dunia.

“Dalam hal ini, belia perlu mengambil manfaat untuk berkolaborasi dengan sebanyak mungkin organisasi bagi mencari solusi dan penyelesaian untuk masyarakat sejagat,” katanya.

Hajiji juga mahu MBS selaku rakan strategik KBSS dan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bersama-sama memainkan peranan penting dalam menggembleng potensi belia Sabah sama ada di bandar atau luar bandar. – Talantang

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img