Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Daya bin Sad dianugerah Jejak Penggerak USIA

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan Anugerah Jejak Penggerak Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) kepada Haji Daya Bin Sad, bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya pada Majlis Penutupan Program Ahlan Wa Sahlan 2024 anjuran USIA Tuaran di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Tuaran pada malam Sabtu.

Dalam ucapannya Hajiji berkata, kerajaan akan terus menyokong usaha USIA dalam melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat, termasuklah dakwah, kemasyarakatan dan program keusahawanan yang akan membantu menyatupadukan masyarakat di negeri ini.

Beliau menyarankan USIA mengajak lebih ramai belia terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan dakwah, selain memainkan peranan memberi penerangan dan menonjolkan keindahan, keistimewaan dan kesempurnaan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Gambar JKM

Popular Articles