Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Wee Ka Siong dan barisan kepimpinan BN menggaul ‘Yee Sang’ sempena majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2024 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar Scoop
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2024 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kehadiran Anwar disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, dengan diiringi persembahan tarian singa.
Sebagai simbolik meraikan perayaan itu, Anwar bersama-sama kepimpinan MCA dan BN turut menggaul ‘Yee Sang’.
Ka Siong turut menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri.
Pada majlis itu, turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan. – Scoop/Talantang