Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

MAN Daerah KK kendali 52 kes sejak 2012, dengar 7 kes tahun ini

Panel Hakim dan pegawai Mahkamah Anak Negeri Daerah yang diketuai Mayor Datuk Seri Dr Haji Sabin Samitah dan Ketua Daerah OKK Edna Jessica Majimbun serta Ketua Anak Negeri Roger Meylin Impau sebagai hakim pengapit yang bersidang pada 7 Febuari

KOTA KINABALU: Tirai tahun 2024 untuk Mahkamah Anak Negeri Daerah (MAND) Kota Kinabalu dibuka dengan satu persidangan yang telah berlangsung di Mahkamah Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 7 Februari lalu. 

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, persidangan yang bermula dengan barisan Hakim Mahkamah Anak Negeri Daerah yang diketuai oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Haji Sabin bin Samitah.

Belikau disertai oleh dua orang hakim pengapit daripada Mahkamah Anak Negeri iaitu Ketua Daerah, OKK Edna Jessica Majimbun dan Ketua Anak Negeri, Roger Meylin Impou. 

Persidangan yang berlangsung melibatkan perbicaraan kes pertikaian lot tanah kampung di Kampung Tenggiling, Menggatal. 

Sesi persidangan kes MAND seterusnya telah dijadualkan pada hujung bulan Februari.

OKK Edna Jessica Majimbun

Setiap orang asal Sabah boleh memfailkan kes di mana-mana MAND untuk kes-kes yang melibatkan pelanggaran undang-undang atau adat negeri.

Kes kes itu  seperti perihal pertunangan, perkahwinan, perceraian, pengambilan anak angkat, penjagaan budak, belanja anak-anak, pertikaian sempadan tanah, hadiah atau perwarisan dengan wasiat dan tanpa wasiat. 

Ketua Anak Negeri Roger Meylin Impau

Mahkamah ini beroperasi dan berfungsi selaras dengan Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992. 

Kes-kes yang dibicarakan pada peringkat MAND adalah kes-kes semakan atau rayuan ke atas mana-mana keputusan penghakiman Mahkamah Anak Negeri (MAN) daripada pihak-pihak yang berkepentingan dalam kes tersebut.

MAND ini yang berada di Tingkat 7, Bangunan Centre Point diletakkan di bawah kawal selia Jabatan Perundangan, DBKK. Ianya beroperasi pada waktu pejabat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali pada cuti umum.

Di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri (Pindaan) 2011, Seksyen 4 menerangkan mengenai penubuhan Mahkamah Anak Negeri Daerah antara lain menyatakan bahawa:-

 Mahkamah Anak Negeri Daerah hendaklah terdiri daripada Mayor suatu bandaraya sebagai ketua dan dua orang ahli lain yang adalah Ketua Daerah atau Ketua Anak Negeri yang bermastautin dalam daerah itu yang diberi kuasa dengan sempurna oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menjalankan penghukuman di mahkamah itu.

Untuk rekod, sebanyak tujuh kes akan dibicarakan sepanjang tahun 2024 yang mana kes-kes ini terdiri daripada pelbagai jenis kes termasuk kes yang dibicarakan pada pada 7 Februari, 2024 lalu. 

Sejak tahun 2012 sehingga kini sebanyak 52 kes telah didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri Daerah. – Talantang

Popular Articles