Tuesday, June 17, 2025

ACP Juliana Ketua Komunikasi Korporat PDRM yang baharu

ACP Juliana

KUALA LUMPUR: ACP Juliana Sallehuddin hari ini mula bertugas sebagai Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik) Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat PDRM baharu pada 6 Februari lalu.

ACP Skanda

ACP Juliana menggantikan ACP Skandaguru Anandan yang bertukar ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pengarah Cawangan Operasi Bahagian Perlindungan

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Alzafny Ahmad hari ini menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara ACP Skandaguru dengan ACP Julina di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.

Berucap dalam majlis itu, DCP Alzafny berkata, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) bukan sahaja tulang belakang kepada KPN bahkan kepada Pasukan secara keseluruhannya. Kehilangan ACP Skandaguru dalam unit amat dirasai oleh seluruh warga Urus Setia KPN khususnya warga Komunikasi Korporat sendiri.

Beliau turut berharap agar pelantikan baharu ACP Julina dalam Bahagian Urus Setia KPN itu akan mampu memenuhi mandat yang diamanahkan, sejajar dengan komitmen tinggi selain dapat mempamerkan prestasi cemerlang dalam Pasukan.

.Menyingkap kembali perjalanan kerjaya ACP Skandaguru di dalam Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) selama 8 tahun, beliau berjaya menguruskan pelbagai krisis komunikasi melibatkan beberapa insiden antaranya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama empat fasa bermula pada 18 Mac 2020 dan juga insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor pada 16 Disember 2022 serta nahas pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 di Elmina, Shah Alam Selangor pada Ogos 2023.

Hadir sama, Superintendan Komunikasi Korporat, Superintendan Zaidi Hj. Md Sapuan dan para pegawai kanan. – PDRMsia_official

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img