Sunday, September 8, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Kemudahan Jalan Raya CIQ Serudong Sedang Dibina

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri tetamu kehormat pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Harapan Rakyat 2024 Anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) di Dewan Datuk Lau Gek Poh.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Fasa pertama kemudahan jalan raya Kalabakan- Kalimantan, Indonesia kini sedang dibuat dan hampir siap, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir. Shahelmy Yahya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, fasa pertama itu membabitkan pembinaan jalan konkrit, melakukan pembersihan tapak dan juga sistem perparitan.

“Jalan untuk kemudahan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Serudong itu sedang dibuat dan hampir siap dan kita sedang menanti fasa kedua, saya kurang pasti berapa kilometer tetapi itu maklumat yang disampaikan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Harapan Rakyat 2024 Anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) di Dewan Datuk Lau Gek Poh, yang turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri di sini hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy dalam laporan media sebelum ini meminta kerajaan menyegerakan pembinaan CIQ Serudong termasuk kemudahan jalan raya.

Permintaan itu berikutan Kalimantan Timur akan dibangunkan sebagai ibu negara baharu Indonesia yang dijangka memberi impak positif khususnya dalam aspek ekonomi di kawasan pantai timur Sabah khususnya daerah Kalabakan.

Sementara itu mengulas mengenai majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina itu, Shahelmy berkata, sambutan perayaan yang turut diraihkan pelbagai kaum itu berupaya mengukuhkan perpaduan dan keharmonian di Sabah.

Majlis dipengerusikan Presiden PHRS, Tan Sri Liew Yun Fah itu dihadiri kira-kira 3000 orang dan dimeriahkan dengan acara tarian singa dan persembahan nyanyian.

Popular Articles