Saturday, April 19, 2025

Ganti beras putih tempatan dan beras putih import dengan beras putih madani satu yang janggal – Ronald

KOTA KINABALU: Pengumuman Ketua Kluster Makanan MajlisTindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa kerajaan akan menggantikan Beras Putih Tempatan (BPT) dan Beras Putih Import (BPI) dengan beras putih Malaysia Madani adalah satu pengumuman yang janggal dari segi pentadbiran kerajaan dan tidak mematuhi peruntukan undang-undang terutama melibatkan penguatkuasaan akta.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata janggal kerana secara lazimnya, suatu pasukan khas tidak membuat keputusan namun hanya memberi cadangan kepada jawatankuasa pemandu yang mana dalam hal ini NACCOL dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Jelas, katanya, bahawa Beras Putih Madani tidak mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] yang menetapkan gred dan harga beras tempatan.

“Pada masa ini gred beras campuran yang dibenarkan adalah gred super tempatan (ST15) dengan kawalan harga RM1.65/kg hingga RM1.80/kg. Oleh itu mana-mana pemborong, pengilang dan peruncit yang menjual Beras Putih Madani melakukan kesalahan di bawah Akta ini.

“Pakar kos sara hidup Ahli Parlimen Bukit Gantang (Syed Abu Hussin) yang dilantik oleh Perdana Menteri harus mengetahui bahawa pengumumannya kini dijauhi oleh Menteri dan KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana difahamkan kementerian tidak terlibat malah libat urus yang dibuat oleh Ahli Bukit Gantang juga dipercayai tidak menyeluruh,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ronald yang juga Pengerusi Portfolio Pertanian dan Keterjaminan Makanan Perikatan Nasional berkata Kerajaan Madani perlu insaf bahawa masalah kehilangan BPT sejak September tahun lalu berpunca daripada keputusan kerajaan meluluskan permohonan BERNAS menaikkan harga runcit BPI sehingga RM3.60/kg tanpa mengambil kira harga runcit BPT yang masil kekal pada harga RM2.60/kg.

Menurutnya perbezaan yang ketara ini telah mengundang manipulasi dan kehilangan BPT di pasaran tempatan.

Katanya saranan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional pada sidang Parlimen yang lalu, yang menggesa kerajaan untuk mengkaji semula harga runcit beras pada RM2.60/kg dan harga lantai padi pada RM1,300/ton dengan niat untuk menyeleraskan dengan kenaikan harga runcit BPI perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

“Tiba masanya, kerana harga runcit beras dan harga padi kali terakhir dikaji ialah pada 2008.

“Industri Padi Beras negara adalah suatu industri yang penting demi sekuriti makanan negara. Kerajaan sejak sekian lama telah meletakkan sasaran pengeluaran beras negara pada nisbah 70:30 iaitu 70 peratus pengeluaran tempatan dan 30 peratus import.

“Mengekalkan pengeluaran pada tahap 70 peratus daripada Tahap Sara Diri (SSL) penting untuk sekuriti makan negara,” katanya.

Beliau berkata pengumuman Ahli Bukit Gantang ini mencerminkan ketidakseriusan kerajaan dalam menangani kos sara hidup dan memastikan industri padi beras diperkasakan.

Hot this week

The forthcoming State election a litmus test for Hajiji’s leadership

Dr Kanul Gindol...the ruling coalition is a GRS-PH Plus...

Dr Joachim wakili Ketua Menteri di Majlis Hari Raya Madani Lahad Datu

Dr Joachim menyampaikan sumbangan Aidilfitri Madani kepada anak-anak yatim. Dr...

KLK Borneo Sevens 2025 DAY 1 April 19

Malaysian University players trying to stop an Eagles RFC...

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Topics

The forthcoming State election a litmus test for Hajiji’s leadership

Dr Kanul Gindol...the ruling coalition is a GRS-PH Plus...

Dr Joachim wakili Ketua Menteri di Majlis Hari Raya Madani Lahad Datu

Dr Joachim menyampaikan sumbangan Aidilfitri Madani kepada anak-anak yatim. Dr...

KLK Borneo Sevens 2025 DAY 1 April 19

Malaysian University players trying to stop an Eagles RFC...

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img