Wednesday, June 18, 2025

26 pemegang adat Tamparuli lawat Keningau, Tenom

Jahid (tengah) bersama PPM Tamparuli, Madin Anak bergambar bersama pemegang adat dari kawasan Tamparuli sebelum mereka memulakan perjalanan ke Keningau dan Tenom. – Foto Mohd Syukrie Johary

Oleh Hardy Joe

TAMPARULI: Program lawatan sambil belajar adalah peluang memperkembangkan kemahiran berfikir menerusi pengalaman ketika berada di daerah lain.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, mereka yang terbabit dalam lawatan juga akan memperolehi pendedahan mengenai pelbagai fakta menarik mengenai daerah lain yang dilawati.

“Program seumpama itu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan mereka mengikut rombongan lawatan.

“Saya berharap lawatan macam ini dapat memberi pendedahan serta pengalaman kepada pemimpin adat mengenai setiap aspek yang ada di daerah yang dikunjungi,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rombongan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, di sini Selasa.

Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Beliau berkata, setiap pengetahuan diperoleh hasil lawatan itu biasanya akan bertahan dengan lebih kekal lama kerana mereka menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan maklumat.

“Saya percaya pengalaman berharga dalam lawatan sambil belajar itu tidak dapat diganti dengan wang ringgit,” katanya.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli menasihati pemegang adat yang hadir sentiasa menjaga akhlak dan keperibadian mereka ketika berada di daerah lain.

Sehubungan itu, beliau berharap peserta lawatan mendapat pengalaman serta pelajaran yang baik untuk dimanfaatkan di kampung masing-masing.

Ketua Anak Negeri (KAN) Tamparuli, Selvis Gambar, mengetuai rombongan terdiri 26 pemegang adat KAN, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung menyertai rombongan itu yang melawat Keningau dan Tenom bermula 25 Julai hingga 27 Julai 2023.

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img