Wednesday, June 18, 2025

Pegawai, anggota polis mengaku tidak bersalah bunuh pemandu e-Hailing

Pegawai dan anggota polis yang dituduh membunuh dan bersubahat membunuh pemandu e-hailing ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Tujuh pegawai dan anggota polis serta seorang awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang pemandu e-hailing Januari lalu.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Dr Lim Hock Leng.

Tertuduh adalah Rosdi Rastam, 45, Dennis Anak Enit, 45, Fabian Anak Rungan, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Anak Sanggah, 44 dan seorang awam Vivien Fabian, 34.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada 13 Januari 2023 di antara jam lebih kurang 7.30 hingga 11.30 malam di Ladang Kelapa Sawit, berdekatan Jalan Anjur Juara Jalan Apas Batu 5 Tawau.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun. Mereka juga  boleh dikenakan sebat tidak kurang 12 sebatan.

Seorang lagi tertuduh yang juga Bekas Ketua Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain, 59, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan bersubahat membunuh Nurman pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa bersubahat dengan John Kennedy Anak Sanggah manakala pertuduhan kedua tertuduh didakwa bersubahat bersama enam yang lain iaitu Rosdi Rastam, Dennis Anak Enit, Fabian Anak Rungan, Khairul Azman Bakar, Mohd Azlan Sakaran, dan Vivien Fabian.

Mahkamah menetapkan Januari hingga April tahun hadapan untuk perbicaraan kes. 

Pihak pendakwaan dijangka mengemukakan seramai 25 sehingga 32 saksi termasuk empat dalam kalangan profesional manakala pihak pembelaan dijangka mengemukakan sehingga 32 saksi pembelaan.

Tertuduh masing-masing diwakili barisan peguam bela termasuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Chen Wen Jye, Timothy Daut, Kimberly Ye, Dato Ansari Abdullah dan beberapa lagi yang lain.

Manakala pendakwaan pula dikendalikan Datuk Manoj Kurup, Muhamad Iskandar Ahmad, Khairul Azreem Mamat dan Low Qin Hui.

Hot this week

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Topics

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img