Wednesday, June 18, 2025

Kes berita palsu dalam media sosial meningkat – KPN

Tan Sri Razarudin Hussain

PETALING JAYA: Kes-kes melibatkan berita tidak benar, berbaur hasutan serta penghinaan terhadap agama, institusi diraja dan kaum (3R) meningkat dalam tempoh dua tahun ini.

Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia, sebanyak 1,396 kertas siasatan dibuka melibatkan berita tidak benar serta mempunyai elemen hasutan di media sosial pada 2022 dan 2023.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 645 kes dibuka pada 2022 manakala 751 kes untuk tahun lalu.

Beliau berkata, analisis pihaknya mendapati daripada jumlah kes yang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 pada 2023 meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

“Pada 2022, sebanyak 54 kes di bawah dua kesalahan tersebut dibuka dan tahun lalu ia meningkat kepada 122 kes.

“Selain itu, sebanyak 1,220 kertas siasatan dibuka Unit Siasatan Jenayah Terkelas bagi kes-kes menarik perhatian di media sosial,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Selain kes-kes dalam media sosial, Tan Sri Razarudin berkata, kesalahan menghina membabitkan isu 3R meningkat kira-kira 86 peratus dalam tempoh dua tahun tersebut.

Jelas beliau, sebanyak 122 kes dicatatkan pada tahun 2022 dan meningkat kepada 225 kes bagi 2023. – PDRMsia_Offical

Hot this week

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Topics

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img