Thursday, September 19, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Ketua Hakim Syarie Sabah terima watikah pelantikan

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin menyerahkan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie kepada Yang Amat Arif Tuan Ahadin Bin Arinen pada majlis penyerahan yang diadakan di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa. Pix JKM

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin menyampaikan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah kepada Yang Amat Arif Tuan Ahadin Bin Arinen di Istana Seri Kinabalu pada Selasa.

Turut menerima pelantikan ialah dua orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah iaitu Yang Arif Puan Surayah Binti Ramlee dan Yang Arif Puan Taherah Binti Tahir.

Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Pelantikan Ahadin berkuat kuasa 1 November 2023. Manakala pelantikan Suraya berkuatkuasa 19 Jun 2023 dan Taherah pula berkuat kuasa 16 Oktober 2023.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd. Arifin Datuk Haji Mohd. Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Sr.Haji Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Malaysia, Yang Amat Arif Dato’ Haji Amran Mat Zain dan Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali.

Popular Articles