Monday, September 16, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pengarah Pengurusan PDRM lawat ESSCOM

LAHAD DATU: Pengarah Pengurusan CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), di sini, tadi pagi.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Komander Eastern Command, Brigedier Jeneral Ts. Hj. Roslan Hj. Mat Saad.

Dalam lawatan tersebut beliau telah diberikan taklimat mengenai situasi keselamatan di samping bertukar pandangan dan maklumat mengenai pengoperasian pasukan keselamatan di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais dan barisan Ketua Staff ESSCOM.

Sumber: Eastern Sabah Security Command

Popular Articles