Tuesday, June 17, 2025

Kerajaan Negeri berusaha selesai isu berkaitan keperluan asas rakyat

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus memastikan kehidupan rakyat Sabahterbela dengan usaha berterusan menyelesaikan isu berkaitan keperluan masasrakyat khususnya elektrik, air, perumahan dan lain-lain, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, isu itu telah menghantui rakyat Sabah sejak sekian lama, tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, kerajaan pimpinannya sejak September 2020 telah melaksanakan pelbagai ikhtiar bagi menjamin kehidupan rakyat yang lebih selesa.

“Kita telah melancarkan Sabah Energy Roadmap & Master Plan 2040 pada bulan September tahun lalu sebagai usaha beralih daripada sumber tenaga tidakbolehdiperbaharui seperti gas asli dan bergantung kepada rangkaian sungai di Sabah.

“Permintaan bekalan tenaga elektrik yang semakin meningkat pada masa ini boleh diatasi dengan mempercepatkan pengeluaran hidroelektrik bagi memenuhi keperluan industri yang semakin pesat di negeri ini.

Tenaga boleh diperbaharui seperti solar, biomas dan biogas akan melengkapkan lagi kapasiti penghasilan tenaga elektrikdi Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Isnin.

Hajiji berkata, Projek Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom yang dijangka siap pada 2029, aliran bekalan elektrik akan diperluaskan dengan menghubungkan rantau selatan dan tenggara Sabah sekali gus mencipta rangkaian tenaga yang lebih stabil.

Menurutnya, projek itu akan turut membantu menyelesaikan kekurangan bekalan air dalam tempoh masa panjang dengan penghasilan 6,000 juta liter air sehari.

Projek itu juga akan menjadi “game changer” kepada negeri Sabah sekali gus menjamin kehidupan yang lebih baik dan sempurna pada masa akan datang.

Beliau berkata, bagi memastikan bekalan air menjadi lebih stabil, kerajaan juga telah meningkatkan kapasiti bekalan air di Loji Rawatan Air Telibong 1 dan 2, sebanyak 130 juta liter air sehari hingga 160 juta liter air sehari yang mampu membekalkan air di kawasan Utara Kota Kinabalu termasuk di Tuaran, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurutnya, kerajaan turut meningkatkan kapasiti bekalan air di Loji Rawatan Air Kogopon di Papar kepada 80 juta liter air sehari meliputi kawasan Papar, Kimanis hingga ke Selatan Kota Kinabalu.

Projek itu yang bermula lima bulan lepas dengan kos RM385 juta dijangka siap pada tahun 2026.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri pada 7 Disember 2021 iaitu SMJ Petroleum Sdn Bhd (kini dikenali SMJ Energy Sdn Bhd) dan setakat Disember 2023, SMJ Energy mempunyai lebih RM5 billion jumlah aset.

Beliau berkata, SMJ Energy mempunyai pemerolehan aset pengeluar minyak dangasyang menguntungkan dengan aliran tunai yang kukuh melalui 50% faedah penyertaan dalam Samarang Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), 25% dalam loji petrokimia (Sabah Ammonia and Urea Plant (SAMUR)) di Sipitang, dan 10% pegangan pemilikan dalam LNG9 yang dikendalikan dalam Kompleks LNG Bintulu selepas pemerolehan Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) pada bulan November 2023.

“Selain itu kita turut memperolehi pegangan sebanyak 25% dalam pembinaan kemudahan gas asli cecair terapung yang dikenali sebagai ZLNG di SOGIP, Sipitang.

“SMJ Energy juga telah berjaya menjual hasil minyak mentah sebanyak tiga kali iaitu pada Ogos 2023, Oktober 2023 dan Januari 2024 melalui 50% kepentingannya di Samarang PSC kepada syarikat minyak antarabangsa, dengan pendapatan kasar gabungan berjumlah kira-kira RM371 juta.

“Yang pasti, kita akan meneruskan usaha untuk mendapatkan lebih banyak kepentingan penyertaan dengan PETRONAS, insyaa Allah”, tambahnya.

Tamat.

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img