Monday, June 30, 2025

Annabell angkat sumpah sebagai Senator

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Wanita, parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Annabell Perian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu bagi penggal tiga tahun berkuat kuasa 5 Mac pada hari ini.

Berikutan pelantikan sebagai Senator itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah,  Datuk Redonah Bahanda atas sokongan dalam mengesyorkan dan melantik beliau sebagai senator.

“Saya ingin melahirkan rasa syukur di atas peluang untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Malaysia khususnya dalam mengutarakan masalah serta membincangkan pelbagai isu yang dibawa di Dewan Negara.

“Saya akan menggunakan sepenuhnya pengalaman yang ada baik ketika bekerja untuk parti mahupun bekerja untuk rakyat agar suara rakyat khususnya isu-isu di Sabah dapat diketengahkan dengan lebih baik dan berkesan,” katanya dalam kenyataan media.

Annabell, 45 tahun, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Hubungan Industri & Perburuhan) dari Universiti Malaysia Sarawak turut melahirkan komitmen menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang.

“Saya berjanji akan bekerja tanpa jemu ke arah kebaikan negara dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia,” katanya yang juga Ketua Wanita GRS Sungai Sibuga.

Ahli-ahli yang lain mengangkat sumpah adalah seperti berikut:

Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan – Pilihan semula DUN Sabah berkuatkuasa mulai 5.1.2024 hingga 4.1.2027;
Senator Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian – Lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 5.3.2024 hingga 4.3.2027;
Senator Tuan Pele Peter Tinggom – Lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 5.3.2024 hingga 4.3.2027.

Turut hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah.

Hot this week

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

Topics

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...

SANDAKAN : - Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, menggesa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img