Friday, July 11, 2025

KPDN pantau harga pakaian dan keperluan sekolah di Sandakan

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan tidak menerima sebarang aduan berhubung kenaikan harga pakaian sekolah dan alat tulis khususnya di daerah ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, pihaknya juga kini giat melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas harga pakaian dan keperluan sekolah menerusi Ops Catut 2024 (pakaian sekolah).

Katanya, berdasarkan statistik penguatkuasaan setakat semalam, sebanyak 10 premis telah diperiksa sekitar daerah ini membabitkan 13 jenis barangan pakaian dan kasut sekolah.

“Berikutan pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 10 Notis Pengesahan Maklumat Barangan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada peniaga yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat awal sama ada berlaku sebarang peningkatan harga bagi barangan yang diperiksa.

“Tindakan ini juga adalah bagi mengesan sekiranya berlaku peningkatan peratus untung bagi jualan barangan terbabit selain mengesan sekiranya terdapat elemen mengambil keuntungan secara tidak munasabah yakni aktiviti mencatut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azdy berkata, KPDN juga tidak mengawal harga pakaian dan keperluan sekolah namun pemantauan dan pemeriksaan yang berterusan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan akan terus dijalankan oleh KPDN Cawangan Sandakan sebelum persekolahan bermula.

Katanya, pengguna juga perlu memahami bahawa sebarang perubahan atau peningkatan harga yang berlaku bagi sesuatu barangan adalah disebabkan pelbagai faktor.

“Antaranya kenaikan kos operasi seperti bahan mentah, utiliti, gaji pekerja dan sebagainya. Sekiranya sesuatu barangan atau bahan mentah diimport, ia juga akan membabitkan kadar pertukaran mata wang asing.

“Namun, ini bukan alasan bagi peniaga untuk menaikkan harga barangan terutamanya pakaian dan keperluan sekolah secara mendadak serta mengambil keuntungan secara tidak munasabah sehingga membebankan pengguna,” katanya.

Justeru katanya, KPDN menyarankan pengguna untuk sentiasa bijak dalam berbelanja termasuklah ketika membeli pakaian dan keperluan sekolah dengan membuat perbandingan harga.

Katanya, pengguna juga disarankan untuk menggunakan sepenuhnya hak sebagai pengguna agar tidak mudah diperdaya dan dimanipulasi oleh segelintir pihak yang ingin mengambil kesempatan di dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini. 

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img