Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Dr Roland Chia sumbang paip dan tangki air kepada penduduk Kionsom, Bantayan

Datuk Dr Roland Chia Ming Shen  (ke 3 kiri) menyerahkan paip kepada Yami Baga (ke 2 kiri), disaksikan wakil penduduk kampung.

INANAM: Datuk Dr Roland Chia Ming Shen telah membawa khabar gembira kepada penduduk Kampong Kionsom dan Bantayan disini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri itu menyumbangkan poly paip dan tangki air untuk tempat kumpul air pada masa kemarau yang berpanjangan sekarang.

“Penduduk di kampung itu berhadapan masaalah kekurangan air kerana sumbar air sistem bekalan paip gravati semakin kering, ” katanya pada Khamis

Dr Chia, yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam, turut melawat sungai sumbar air di Kampung Kiapad, Air Terjun,  Kionsom, Kampung Kawakan, Kitobu dan Kampung Bantayan.

Datuk Dr Roland Chia turut menyampaikan Sumbangan Poly Paip dan juga Tangki yang telah diterima Wakil Penduduk Kampung Bantayan,Inanam.

Di Kampung Kionsom, beliau menyerahkan beberapa gulung poly paip untuk menyalurkan air daripada Air Terjun Kionsom kepada tangki saluran air kepada Kampung Talimakas, Korumbian, Kionsom dan Kionsom Lama.

Sumbangan itu diterima oleh penjaga bekalan air graviti Kionsom Yami Baga.

“Poly paip ini akan kami pasang dalam masa terdekat. Bagi pihak penduduk, saya ucapkan terima kasih kepada Dr Chia atas prihatinnya masaalah kekurangan air kampung,” kata Yami.

Menurut Yami kerja gotong royong penduduk untuk pemasangan paip akan diadakan pada hujung minggu ini.

Sementara itu catuan bekalan air masih diteruskan bagi penduduk kerana Sungai Kiapad, sumbar air graviti Kionsom semakin kurang.

“Setakat ini belum sampai penduduk memerlukan bantuan hantaran air kerana mereka dapat kumpul air ke dalam tangki masing masing apabila giliran bekalan air disalurkan kepada kawasan mereka,” kata Yami.

Popular Articles