Sunday, September 8, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

BOMBA SABAH patut ada helikopter pemadam api serta peralatan canggih.

Kenyataan Akhbar
Kanul Gindol, Activist Sabah
Pengerusi
Gindol Initiative for Civil Society Borneo

BOMBA SABAH patut ada helikopter pemadam api serta peralatan canggih.

Laporan berita Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Miri, Sarawak meminjamkan helikopter Mi-17 untuk memadam api hutan di Kota Belud semalam membuka mata saya betapa perlunya Kerajaan Persekutuan memberi perhatian memperuntuk lebih banyak kepada Sabah termasuk untuk peralatan memadam api seperti helikopter khas ini.

Kita perlu sekurang-kurangnya 10 buah helikopter khas seperti Mi-17 ini untuk “stand-by” bagi operasi mencukupi sebab Sabah sangat luas iaitu lebih dari separuh saiz Semenanjung.

Malangnya kemungkinan besar tiada satupun helikopter begini ada di Sabah. Helikopter begini amat sesuai memadam api kebakaran hutan terutama berbukit dan tidak dapat dicapai jalanraya.

Jika ada helikopter begini, saya rasa banyak kebakaran hutan seperti sedang berlaku di Kota Belud, Kudat, Kota Marudu dan juga sekitar Kota Kinabalu dapat dielak awal.

Semalam api semak hampir-hampir sahaja sampai ke kawasan perumahan di Kg Gentisan, Sepanggar jika tidak tindakan cepat penduduk di situ sebelum Bomba tiba.

Api semak hutan saat ini pun sedang marak di bukit-bukit Sepanggar, sepatut boleh dipadam cepat jika ada helikopter khas, satu helikopter pun cukup.

Saya juga risau bahawa Jabatan Bomba di Sabah mungkin masih belum ada jentera tangga tinggi untuk memadam api bangunan tinggi.

Belum banyak bangunan tinggi di Sabah tapi bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Likas rasanya lebih 30 tingkat. Are we ready for any eventuality?

Juga, jika prihatin, sebelumpun musim kemarau tiba dan rumput serta semak mati kering memudahkan kebakaran berlaku, sepatut ada program persiapan komuniti antara lain seperti membekal komuniti pinggir hutan alat-alat pemadam api yang ringkas.

Ini langsung tiada persiapan.

Popular Articles