Sunday, September 8, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Awas penipuan baharu menerusi SMS mula berleluasa


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengesan modus operandi penipuan baharu sindiket “scamming mobile base station” yang cuba memperdaya mangsa menerusi penghantaran pautan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket itu mewujudkan “based transceiver station” (BTS) yang palsu untuk menarik pengguna talian dari telekomunikasi yang berbeza selain menukar rangkaian jalur lebar 4G kepada 2G.

“Melalui perkongsian maklumat dengan sebuah syarikat telekomunikasi, sindiket menggunakan teknik “man in the middle” (MiTM) bagi menghantar SMS penipuan kepada pengguna talian telefon bimbit.

“Apabila telefon bimbit mangsa memasuki rangkaian BTS milik sindiket, SMS yang mengandungi skrip penipuan (pautan phishing) dihantar daripada ‘short code SMS’ (spoofing) yang sebenar,” katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini, pada Khamis.

Dato’ Sri Ramli berkata mangsa yang menekan pautan diberikan akan dibawa kepada ‘mobile website’ palsu yang menawarkan barangan elektronik murah dicipta oleh sindiket.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran harga murah tersebut seterusnya akan membuat pembayaran melalui “payment gate way”.

“Semasa membuat pembayaran, jumlah yang tertera adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah yang ditawarkan,” katanya.

Sumbar: PDRMsia_Official

Popular Articles