Thursday, September 19, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Satu maut, seorang parah, Perodua Viva bertembung lori

TAWAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kemalangan jalanraya di Jalan Apas Balung dekat sini awal pagi Isnin

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu membabitkan dua buah kenderaan iaitu pertembungan di antara Perodua Viva dan lori 10 tan di lokasi kejadian.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki tersepit di Perodua Viva dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.

“Bagaimanapun, mangsa dalam Perodua Viva seorang disahkan meninggal dan seorang lagi mengalami cedera parah.

“Manakala pemandu lori seorang lelaki berusia 48 tahun hanya mengalami cedera ringan dan diberi rawatan awal oleh Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 6.53 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Popular Articles