Monday, June 16, 2025

Prabowo dan Gibran dipilih presiden dan naib presiden Indonesia yang baharu

Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto (kiri) dan gandingannya, Gibran Rakabuming Raka menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus jumlah keseluruhan bagi jawatan presiden dan naib presiden Indonesia.

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali gus menewaskan dua pesaingnya yang kini berikrar untuk memfailkan aduan undang-undang mengenai undian itu.

Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari berkata Prabowo yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya selaku naib presiden, Gibran Rakabuming Raka menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan dan cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama.

Dua pencabarnya iaitu Anies Baswedan pula memperoleh hampir 41 juta undi atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan manakala Ganjar Pranowo menerima 27 juta undi atau lebih 16 peratus.

Prabowo dan Gibran yang juga anak sulung kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo sudah diisytihar menang bulan lalu selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan mereka memenangi majoriti.

Sebelum ini, Prabowo, 72, diramalkan secara meluas akan memenangi jawatan presiden dan beliau akan mengambil alih kepimpinan pada Oktober selepas tempoh peralihan.

Menurut pakar, popularitinya melonjak kerana semangat nasionalisnya dalam ucapan populis selain kelayakannya sebagai Menteri Pertahanan dan sokongan daripada Widodo, lebih dikenali sebagai Jokowi.

Dalam pada itu, Anies dan Ganjar berikrar untuk mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan mengenai penyelewengan dan dakwaan penipuan ketika pilihan raya.

Tetapi pasukan peguam Prabowo yakin keputusan itu tidak akan berjaya dicabar kerana majoriti dan margin kemenangannya yang besar. – AFP

Hot this week

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Topics

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img