Monday, June 16, 2025

KPM beri kerjasama penuh kes pelajar vokasional maut dibelasah rakan

Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, pelajar yang dipukul sehingga mati di asrama sebuah kolej di Lahad Datu. – Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi kerjasama penuh berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional dekat Lahad Datu, Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPM berkata pihaknya sudah pun bertindak dengan menyalurkan bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa.

Selain itu, KPM juga menawarkan sokongan psikososial keluarga mangsa, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej berkenaan.

“KPM menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azman, pelajar kolej vokasional di Sabah yang telah meninggal dunia semalam.

“Pada masa sama, KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa. KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya,” katanya.

Semalam, Muhd Nazmie ditemui mati di bilik asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada jam 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

Tambahnya, pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

Pihaknya mengenal pasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

Setakat semalam, pihak polis menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.

Polis juga sedang mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img