Friday, May 24, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Warga emas maut, keretanya terbabas, langgar pagar rumah jiran

LAHAD DATU: Seorang warga emas maut apabila kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar pagar rumah jiran dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Taman Gabungan, di sini petang Ahad (31 Mac)

Dalam kejadian jam lebih kurang 1.30 petang itu mangsa seorang wanita berusia 70 tahun dipercayai memandu sebuah kenderaan jenis Perodua Viva hilang kawalan lalu terbabas dab melanggar pagar rumah jiran.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad, hasil siasatan pihak polis mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu kenderaan tersebut yang gagal mengawal dan merempuh pintu pagar sebuah rumah

“Turut dilanggar sebuah kenderaan yang sedang parkir di kawasan perumahan taman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohan berkata, sampel darah pemandu telah diambil untuk dianalisa oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di Kota Kinabalu.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa oleh sepasukan polis ke Hospital Lahad Datu untuk tujuan bedah siasat esok (1 April) untuk mengenalpasti punca sebenar kematian.

“Siasatan diteruskan dan kes disiasat di bawah seksyen 41 akta pengangkutan jalan 1987,” katanya.

Tambah Rohan, mana-mana individu yang melihat kejadian itu, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Humaidi Harun di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan kepada para pengguna jalanraya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya sedia ada serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan berhati-hati ketika memandu serta mementingkan keselamatan diri dan para pengguna yang lain.

“Manakala, di kalangan pemandu warga emas dinasihatkan agar sentiasa mementingkan keupayaan dan tahap kesihatan masing-masing ketika memandu,” tegasnya.

SEMENTARA itu, Di SEMPORNA Seorang lelaki ditemukan maut di dalam sebuah rumah yang berkunci di Taman Emas Semporna petang Sabtu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah, Bilik Kawalan BBP Semporna menerima panggilan bantuan membuka pintu rumah terkunci pada jam 4.13 petang. 

Seramai enam anggota pasukan BBP Semporna telah diarahkan untuk melaksanakan tugas tersebut.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, pasukan bertindak memotong kunci mangga dengan menggunakan peralatan khas.

Mayat mangsa, Rony Chan Chau Miau, 47 tahun seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Popular Articles