Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

PBS bincang persiapan PRN, kerjasama dengan STAR

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS melafazkan bacaan ikrar parti setelah selesainya mesyuarat berjadual yang diadakan di ibu pejabat PBS di Donggongon, Penampang pada Isnin.
 
PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengadakan mesyuarat berjadual bagi membincangkan hal-hal berkenaan parti dan bertukar-tukar pendapat sesama Ahli Majlis Tertinggi (AMT) di sini, kelmarin (1 April).
 
“Agenda utama ialah perbincangan lanjut mengenai persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa,” kata Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dalam kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat PBS, Dongonggon.
 
Katanya, mesyuarat “housekeeping” tersebut juga bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut terhadap ‘progress’ mengenai kerjasama dengan kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), di mana PBS akan mengadakan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan parti itu.
 

AMT Datuk William Majinbun (tengah) AMT Datuk Fedrian Gan dan AMT Peter Allion.
 
Hadir sama ialah Timbalan-timbalan Presiden, Datuk Jahid Jahim dan Datuk Seri Yee Moh Chai; Setiausaha Agung, Datuk Julita Majungki, Naib-naib Presiden, Datuk Haji Ruslan Muharam, Datuk Hendrus Anding, Datuk Johnny Mositun, Datuk Peter Mak, Datuk Daniel Kinsik dan Haji Murshid Mohd Rais; Bendahari, Datuk Lu Kim Yun dan Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai.

Popular Articles