Friday, November 22, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Kolabrasi penting dalam pengurusan kesihatan pekerja asing – Dr Yusof

KOTA KINABALU : Kolabrasi antara agensi, jabatan dan pihak berkepentingan dalam pengurusan kesihatan pekerja asing di negeri ini sangat penting.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Dr Yusof Yacob berkata, menerusi kolabrasi itu, komunikasi dan perhubungan antara agensi terlibat dapat dijalin rapat yang memudahkan tindakan diambil jika berlaku sesuatu perkara membabitkan pekerja asing.

Katanya, urusan pekerja asing ini juga membabitkan wakil kedutaan negara mereka contohnya Kedutaan Republik Indonesia yang ada di Kota Kinabalu dan Tawau.

“Pengurusan pekerja asing ini bukan hanya kesihatan tetapi juga aspek lain khususnya kebajikan dan keselamatan agar hubungan baik antara negara dalam keadaan harmoni,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Anjuran WH Medicare Sdn Bhd di sini, semalam.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, QSB menerusi WH Medicare bertanggungjawab dalam melaksanakan saringan kesihatan bagi pekerja asing di negeri ini.

Justeru itu, katanya, QSB mengambil berat amanah yang perlu dilaksanakan memastikan tidak berlaku penyakit merebak dibawa oleh pekerja asing ke negeri ini.

Dr Yusof yakin pewujudan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah diwujudkan menerusi kolabrasi antara agensi dan jabatan terlibat membolehkan pemantauan kesihatan pekerja asing dapat dilaksanakan secara berkesan termasuk berkaitan kebajikan pekerja asing.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QSB Ahmad Rizal Dahli, Konsul Jenderal Republik Indonesian(RI) di Kota Kinabalu Rafail Walangitan, Konsul RI Tawau Heni Hamidah dan Ketua Pegawai Eksekutif WH Medicare Sdn Bhd Annie Tseu.

Popular Articles