KIULU: Satu upacara “Popohimagon do Sogindai” diadakan di Kampung Pahu pada 4 April.
Pahu ialah sebuah kampung di dalam daerah kecil Kiulu, dalam daerah penuh Tuaran.
Turut hadir di majlis penuh tradisi itu ialah Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
“Sogindai” ini adalah dua batu besar yang telah di tanam oleh nenek moyang Orang Asal penduduk Kampung Pahu.
Sagindai ini digunakan untuk meletakkan tanda bilangan “Odou “ berjaya di”sangod “ oleh penduduk ini daripada “musuh “ penduduk disini.
“Odou” itu di letakakan disini sehingga reput meninggalkan tengkorak yang akhirnya di bersihkan di sebuah sungai yang sudah di tetapkan.
Setiap kali pahlawan di kampung ini mendapat kepala mereka akan buat tanda di batu sagindai tersebut.
Menurut Madius, Sagindai di Kampung Pahu menunjukkan terdapat lebih 80 kepala.
“Sagindai ini adalah satu tempat yang dihuni oleh semangat Sagindai yang sangat digeruni dan di hormati oleh penduduk, ” jelasnya.
Ianya di anggap sebagai pelindung kepada penduduk kampung termasuklah hal kemakmuran komuniti disana.
Dalam setiap peringkat upacara bermula daripada Sagindai ini.
Batu Sagindai di Kampung Pahu ini terkena pembinaan Jalanraya Telipok-Kiulu-Rondoggung.
Batu ini telah dicabut dan di simpan.
Pusat Khidmat Parlimen Tuaran telah mencadangkan kepada Ketua Kampung Pahu bahawa elok batu Sagindai ini elok di tanam semula dan disempornakan dalam satu upacara “Popohimagon Do Sagindai”.
Seekor kerbau telah di korbankan untuk tujuan ini.
“Sesungguhnya “Sagindai” adalah merupakan satu khazanah warisan Buda’ya Orang Asal Sabah yang perlu dipulihara,” tambah Madius.
Beliau juga mahu kajian mendalam untuk mendokumatasi kan tentang amalan ini dan seterusnya untuk menjawab persoalaan, “kenapa dan bagimana bermulanya “sangod” itu.