Monday, June 16, 2025

SESB beri sumbangan kepada surau, masjid dan golongan asnaf di daerah Tuaran

TUARAN: Sabah Electricity Board (SESB) melalui wakalah zakat telah memberikan sumbangan kepada beberapa Surau, Masjid dan golongan asnaf di kawasan Tuaran pada Sabtu.

Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata sumbangan itu dibuat sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Masjid An-Nur Tuaran.

“Dalam program anjuran pejabat daerah Tuaran dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tuaran ini, Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) serta Telekom Malaysia juga telah turut bekerjasama bagi menyantuni mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran, berkata dengan berbaki beberapa hari lagi sehingga hari lebaran tiba, SESB berharap ini dapat membantu para penerima untuk membuat persiapan bagi menyambut hari raya aidilfitri kelak.

Diantara pemimpin yang turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim.

“Saya menghargai jemputan dan kesempatan yang diberikan bagi berbuka puasa bersama-sama dengan para pemimpin tempatan dan sahabat-sahabat saya di sini,” tambahnya.

Menurutnya program berbuka puasa yang dihadiri masyarakat berbilang kaum dan agama ini memberi cerminan tentang keunikan dalam kalangan rakyat untuk terus menyemarakkan keharmonian dan ikatan silaturahim yang sekian lama telah terjalin

Hot this week

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Topics

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img