Friday, July 5, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Dr Yusof serah bakul makanan kepada petugas keselamatan, kesihatan dan penguatkuasaan di Sipitang

SIPITANG : Bagi menghargai sumbangan petugas keselamatan, kesihatan dan penguatkuasaan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN menziarahi dan menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada petugas terlibat di sini, pada Isnin..

Ziarah pertama ke Hospital Sipitang dengan sumbangan bakul makanan diserahkan kepada Pengarah Hospital itu Dr Christopher Charles Chau.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad turut meluangkan masa menyerahkan bakul makanan dan duit raya kepada beberapa pesakit di hospital itu.

Selepas itu, Dr Yusof menyerahkan bakul makanan kepada Ketua Polis Daerah Sipitang DSP Mail Sundongi di IPD Polis Daerah Sipitang.

Turut disantuni adalah anggota bomba dan penyelamat di BBP Sipitang dengan bakul makanan diterima ketuanya Calvin Calvin Joe Jeafery.

Tidak dilupakan anggota Jabatan Imigresen yang bertugas di Pos Kawalan Imigresen (PKI) Merapok-Sindumin diserahkan kepada Ketua Operasi PKI Merapok Susan Nayan Haon dan Ketua Operasi PKI Sindumin Larry Juani.

Popular Articles